Hi, what are you looking for?

Selebriti

Lesti Kejora Menangis Kenang Anak Pramatang Di Nyanyian Live


Gara-gara dilahirkan pramatang, artis Indonesia, Lesti Kejora sebelum ini pernah tular apabila dia menangis setelah gagal mendapatkan baju yang sesuai dengan saiz badan anak sulungnya.

Bersalin pada 26 Disember lalu, kehadiran zuriat tersebut hasil perkahwinan dengan Rizky Billar nyata disambut dengan lambakan doa. 4 hari lalu, mereka juga tampil mendedahkan wajah sebenar ‘Baby L’ atau nama penuhnya, Muhammad Leslar Al Fatih Billar.

Tidak terhenti di situ, stesen TV nasional Indonesia telah menerbitkan sebuah tayangan khas berjudul ‘Welcome Baby L‘ iaitu acara live bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara pengisiannya adalah persembahan daripada Lesti dengan menyanyikan lagu berjudul ‘Anakku’. Kerana terlalu emosi lagi-lagi setelah gambar Muhammad Leslar muncul di skrin besar, dia terus menangis teresak-esak sehingga gagal meneruskan nyanyian dengan sempurna. Keadaan makeup yang sudah bercapuk-capuk juga tidak dihiraukan kerana air mata mengalir tanpa henti.

Selain itu, sebuah segmen bual bicara ketika Lesti diminta menyampaikan kata-kata harapan kepada Baby L juga sekali lagi banjir dengan air mata. Sebak kerana Allah memberikannya rezeki menimang cahaya mata, tiada apa yang diharapkan oleh suami isteri berkenaan selain mahu melihat anak mereka tumbuh menjadi manusia berguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditanyakan mengapa penyanyi dangdut itu terlihat berulang kali menangis selepas fasa beranak, Rizky selaku suami menyifatkan ia adalah lumrah seorang wanita menzahirkan rasa bahagianya. Bukan bermaksud ‘cengeng’, namun mereka amat bersyukur dan menganggap kehadiran Baby L adalah sangat bermakna dalam hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit: YouTube Indosiar, Instagram Lesti Kojora

Teruskan Membaca

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Mamak News

0 JAKARTA: Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik larutan air garam (ORS) yang tular di media sosial kerana dikatakan berkesan menahan...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pendedahan aktres Diana Danielle tentang anak keduanya, Nur Aurora trauma ketika mengulas dakwaan suaminya, Farid Kamil tidak dibenarkan berjumpa dengan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications