Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Letak Dalam Plastik, Ni Adab Yang Betul Derma Pakaian Terpakai


adab derma pakaian

Letak Dalam Plastik, Ni Adab Yang Betul Derma Pakaian Terpakai

Pernah tak alami situasi di mana pakaian yang ada dalam almari terlampau banyak sampai tidak muat untuk tutup pintu almari tersebut?

Mesti buntu tak tahu nak buat apa terutama sekali dengan pakaian lama sebab tidak tentu mahu pakainya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalau mahu jual pun tidak tahu tempat mana yang sesuai dan caranya bagaimana susulan tidak berpengalaman dalam perkara tersebut.

Antara cara yang lain adalah dengan mendermakan baju kepada mereka yang memerlukan dengan menghantarnya ke tempat kitar semula yang disediakan oleh kerajaan.

Nampak mudah, kita hanya hantar baju tersebut di tempat kitar semula itu dan pulang. Tetapi mungkin ramai yang terlepas pandang beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh kita sebagai pemberi dalam memberi pakaian kepada golongan yang memerlukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebenarnya, terdapat cara yang perlu dilakukan apabila kita mahu menderma baju. Cara ini bukanlah perkara yang perlu diikut namun apabila kita melakukan perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pihak tempat kitar semula itu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok , seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Sri (@puansrihartini) berkongsi cara yang biasa dilakukan olehnya ketika mendermakan baju.

Jelasnya, beliau akan memastikan pakaian yang didermakan itu berada dalam keadaan baik dan boleh dipakai terus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Paling penting Kak Sri pastikan pakaian-pakaian itu mestilah dalam keadaan yang elok boleh dipakai terus, bukannya baju yang koyak, zip sudah rosak, butang dah tercabut dan jahitan tertetas.

“Bayangkan kita nak terima sesuatu barang, tentunya kita nak terima dalam keadaan yang baik kan?” katanya dalam klip itu.

Untuk mengetahui caranya, ikuti langkah yang dikongsikan oleh Kak Sri di bawah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara untuk derma pakaian kepada golongan memerlukan

Langkah pertama

Pastikan baju yang mahu diberi itu berada dalam keadaan baik dan boleh dibasuh kemudian basuh baju tersebut menggunakan mesin basuh dan keringkannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah kedua

Gosok pakaian-pakaian itu biar nampak kemas dan cantik.

Langkah ketiga

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemudian, lipat elok-elok dan masukkan dalam plastik lutsinar supaya terlihat seperti baru.

Langkah keempat

Labelkan baju mengikut saiz dan jenis untuk memudahkan orang ambil dan pilih. Siap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sudah tahu kan caranya bagaimana? Jadi dengan mempraktikkan langkah ini ia mampu membuatkan penerima berbesar hati untuk menerimanya.

Mudahkan urusan orang, in shaa Allah urusan kita juga dimudahkan. Selamat mencuba!

@puansrihartini

Pernah bagi pakaian terpakai kepada orang? Kak Sri berkongsi cara Kak Sri ye. Paling penting Kak Sri pastikan pakaian-pakaian tu mestilah dalam keadaan yang elok, boleh dipakai terus. Bukannya baju yang koyak, zip dah rosak, butang dah tercabut dan jahitan tertetas. Bayangkan kita nak terima sesuatu barang, tentunya kita nak terima dalam keadaan yang baikkan? Kemudian Kak Sri akan gosok pakaian-pakaian ni. Biar nampak kemas dan cantik. Kemudian lipat elok elok dan masukkan dalam plastik lutsinar ni. Nampak macam baju baru dari kedai. Baru rasa semangatkan? Seterusnya pakaian-pakaian ini dilabelkan mengikut jenis dan size supaya mudahkan orang untuk pilih dan ambil. Cara you macam mana? Jom share di komen. Kita sama-sama boleh belajar. Remember less is more. Kalau you berminat nak tahu kehidupan seorang Minimalis follow me in My Journey Towards Minimalism. #minimalis #lessismore #journeytowardsminimalism #sriwomantowoman #sahabatminimaliskaksri #CapCut

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Ballade Pour Adeline – Richard Clyderman

Sumber: @puansrihartini/TikTok

The post Letak Dalam Plastik, Ni Adab Yang Betul Derma Pakaian Terpakai appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications