Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lif ‘Tidak Halal’ – Kontroversi Dan Kekeliruan Yang Tidak Seharusnya Berlaku


Kekecohan yang berlaku baru-baru ini melibatkan penyebaran foto perkhidmatan lif ‘tidak halal’ di sebuah hotel di ibu negara sepatutnya tidak menjadi isu.

Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyatakan bahawa penandaan tersebut sebenarnya bukanlah syarat bagi Pensijilan Halal Malaysia, kontroversi serta isu diskriminasi sepatutnya tidak ditimbulkan.

Setiap hotel, restoran, kilang dan kedai sudah pastinya boleh menetapkan prosedur atau mekanisme kawalan halal yang bersesuaian atas inisiatif sendiri bagi menjaga integriti premis mereka serta memelihara sensitiviti umat Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran* yang dibuat oleh Mak Khuin Weng di Facebooknya berikut menjelaskan lagi mengenai isu pentingnya pengasingan antara halal dan tidak halal tersebut yang diharapkan dapat memberikan lebih kefahaman di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

| Kampungmamakcom Lif Tidak Halal

Kenapa Lif Tidak Halal Adalah Sah

Lif tidak halal yang disediakan di hotel adalah keperluan untuk sijil halal kerana hotel tersebut mahu mengendalikan perniagaan berkaitan makanan halal dan bukan halal di bangunan yang sama. (1)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konsepnya mudah sahaja. Anda boleh mengangkut barangan tidak halal (iaitu babi) menggunakan lif berlabel ‘tidak halal’ kerana terdapat kegusaran bahawa pencemaran silang boleh berlaku sekiranya produk halal diangkut dengan menggunakan lif yang sama.

Adakah ini ketakutan dan diskriminasi yang tidak wajar?

Pertama sekali, mari kita jelaskan sedikit kekeliruan dahulu. Pensijilan halal tidak wajib. Ia satu pilihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Banyak restoran di kawasan Lembah Klang yang tidak menghidangkan daging khinzir, meletakkan tanda mereka tidak menghidangkan daging khinzir dan mereka masih mempunyai pelanggan Melayu Islam.

Anda boleh nampak bagaimana restoran-restoran yang tidak mendapat pengesahan halal ini memenuhi tuntutan tersebut dengan hanya menggaji pelayan wanita yang memakai tudung dan meletakkan sijil halal pembekal daging mereka.

Mungkin ada sebab premis tersebut tidak boleh mendapatkan sijil halal, iaitu kerana mereka menghidangkan alkohol. Anda boleh lihat banyak restoran Jepun melakukan ini semata-mata kerana mereka menjual ‘sake’ (wain beras).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ya, terdapat ramai di kalangan masyarakat Melayu menentang amalan sedemikian, dan kita tidak akan membahaskannya di sini. Saya hanya menyatakan hakikat bahawa sijil halal adalah pilihan – jalan pintas oleh perniagaan seperti ini untuk memberitahu pelanggan Muslim mereka bahawa mereka tidak perlu risau.

Ini bermakna ‘lif halal’ yang kontroversi itu sebenarnya merupakan pilihan komersial yang dibuat oleh pihak hotel kerana pihak hotel ingin menarik pelanggan Melayu Islam dengan menggunakan logo halal dan sebahagian dari keperluan untuk mendapatkan logo tersebut adalah dengan mewujudkan lif khusus untuk barangan halal.

Jadi, kenapa ramai orang bukan Islam pula yang marah dengan JAKIM? Adakah JAKIM mengacu pistol pada pihak hotel dan memaksa mereka mematuhi peraturan mendapatkan logo halal itu? Mengapa tiada siapa yang marah dengan hotel kerana tunduk kepada amalan untuk mendapatkan logo halal JAKIM pula?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jangan gunakan logo dan hentikan saja kontroversi la. Anda mahu menggunakan logo tu, anda patuh la syarat.

Helo. Pensijilan halal ini hanyalah pilihan komersial yang dilakukan oleh hotel untuk restoran mereka.

Cuba anda pusing-pusing dan periksa pasar raya dan kedai runcit tempatan anda. Yang besar dan yang menjual daging khinzir juga mematuhi peraturan pengasingan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini contoh kawalan yang dikenakan oleh NSK pada 2015 di mana orang bukan Islam juga mengadu tentangnya, tetapi hanya di media berbahasa Cina. (2)

Adakah NSK mendengar rungutan daripada media berbahasa Cina? Tidak. Sebab majoriti pelanggan mereka adalah Melayu dan ramai pelanggan Cina mereka (seperti saya) tidak kisah asalkan NSK menawarkan harga yang lebih murah.

Tak suka polisi, pergi beli tempat lain, ya?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polisi tersebut juga boleh membantu mencegah kejadian yang pernah berlaku di Singapura di mana hasil daging khinzir diambil dari bahagian tidak halal dan sengaja dimasukkan ke dalam kabinet halal oleh pembeli kerana tiada pengasingan seperti itu. (3)

Dan inilah cabaran. Bolehkah orang bukan Islam pergi bising-bising untuk gerai nasi ayam milik Melayu yang didakwa menjual nasi ayam dari sumber yang kononnya tidak halal? Mengapa anda semua tidak menjerit tentang bagaimana itu juga satu diskriminasi? (4)

Sesungguhnya, perniagaan yang memohon sijil halal memang tidak kisah sekiranya mereka terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan logo halal kerana ini dapat menghentikan gangguan yang tidak wajar dan tuduhan bahawa perniagaan itu tidak menegakkan standard halal yang ketat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memang, perniagaan-perniagaan ini sepatutnya mengutuk pengkritik lif halal tersebut sebagai satu tindakan untuk sabotaj perniagaan mereka.

Gigih dia orang nak dapatkan sijil halal, pastu ada pula netizen yang marah-marah dan lempar tuduhan bisnes dia orang sebenarnya tak mampu ikut standard halal, how ah?

Some people just want to make mountains out of anthills.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Haha.

Tengok. Ini kesimpulannya. Pensijilan halal adalah pilihan dan ia adalah syarat ketat antara perniagaan dan JAKIM. Pihak ketiga yang marah-marah sebenarnya tidak perlu bersuara pun dalam soal kontrak komersial ini.

Peace.

Advertisement. Scroll to continue reading.
  1. Non-halal ‘lift’ due to requirements by authorities, says local hotelhttps://www.thestar.com.my/news/nation/2022/10/04/non-halal-lift039-due-to-requirements-by-authorities-says-local-hotel
  2. NSK imposes more restriction on non-Muslim shopper – https://forum.lowyat.net/topic/3809273
  3. Pork found in halal freezer at Loyang Point Giant supermarket likely due to shopper’s actions – https://mothership.sg/2022/09/halal-freezer-pork-shopper-mistake
  4. Viral Sg Ara chicken rice stall operating without halal cert – https://www.nst.com.my/news/nation/2022/08/822909/viral-sg-ara-chicken-rice-stall-operating-without-halal-cert

*Hantaran asal adalah dalam Bahasa Inggeris

BACA: Logo Halal Ikut Warna Berupaya Menjahanamkan Lagi Usahawan Islam

Sumber: Mak Khuin Weng

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas mengunci mulut berhubung kisah pernikahan senyap-senyap anaknya, Marissa Dania Hakim di Songkla, Thailand, pelakon Abby Abadi tampil menafikan kenyataan...

Sukan

3s PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak bimbang dengan prestasi jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang biarpun keadaan kesihatan bekas...

Advertisement