Hi, what are you looking for?

Sukan

Liga M 2022: Pemenang Puskas kembali beraksi


Faiz mengakui ketika ini suasana agak berbeza dan bukan senang untuk terus serasi beraksi namun tekad membuktikan kemampuan.

PEMENANG Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri yang teruja untuk kembali beraksi bersama Penang FC pada musim ini, mengakui perjalanan mencabar menantinya untuk mendapatkan kembali momentum dalam saingan kompetitif di Liga Super.

Pemain berusia 35 tahun yang dua tahun tidak beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) berharap mampu mendapatkan momentum terbaiknya, memandangkan Penang FC mempunyai ramai pemain berkualiti bersaing untuk mendapatkan peluang beraksi.

“Banyak benda yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini kerana sepatutnya saya beraksi dalam Liga M3 terlebih dahulu, tetapi disebabkan pandemik COVID-19, saya terpaksa tangguh niat sehinggalah akhirnya musim ini dapat tawaran bersama Penang FC.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tapi saya perlu masa untuk bangkit semula sebab dua tahun tidak beraksi dalam liga kompetitif, apatah lagi tahap saingan Liga Super sangat tinggi.

“Sebelum ini, saya hanya berlatih sendiri sahaja di rumah, dan kali ini berlatih dalam satu pasukan, rasa suasana agak berbeza dan bukan senang untuk terus serasi”, katanya menerusi kenyataan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Dalam masa sama, Faiz yang pernah beraksi bersama skuad Harimau Kumbang selama empat musim bermula 2015-2018, mahu membuktikan kudratnya masih berbisa untuk membantu pasukan sekurang-kurangnya meraih satu piala pada musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Faiz menyertai kelab Liga M3 Northern Lions FC pada musim 2020, namun liga divisyen ketiga itu dibatalkan susulan pandemik, manakala hasratnya sekali lagi terjejas atas sebab sama selepas menyertai Kuala Kangsar FC pada musim lalu.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications