Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Liga Malaysia: JDT selesa dilabel ‘underdog’


PETALING JAYA – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) lebih selesa dilabel sebagai bukan pilihan pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan meskipun memiliki status selaku juara ‘double quadruple‘ ketika ini.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, kos penjimatan yang terpaksa dilakukan oleh pihak pengurusan menyaksikan mereka wajar dianggap sebagai underdog apabila tirai Liga M bermula Mei depan.

Kata Tunku Ismail, kegagalan peminat untuk memenuhkan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada aksi di laman sendiri juga menjadi salah satu faktor meskipun JDT memiliki fasiliti berkelas antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“(JDT) Underdog tahun depan. Akan ada ramai lagi pemain akan keluar dari kelab. Proses berjimat. Stadium jarang penuh. RM10 saja tiket terbuka.

“Apapun, kita doa yang terbaik untuk pasukan. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” menurut Tunku Ismail dalam ruangan komen Instagram rasmi JDT.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan telah menjuarai 26 trofi domestik sejak ditubuhkan pada 2013 termasuk gelaran Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) edisi 2015.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, JDT dalam satu kenyataan mengesahkan tidak menyambung kontrak beberapa individu berpengaruh musim ini termasuk ketua jurulatih, Esteban Solari.

Malah, JDT turut mengambil pendekatan untuk ‘berjimat’ apabila sedia meminjamkan beberapa pemain bertaraf bintang kepada mana-mana pasukan yang berminat pada musim baharu nanti.

“Antara yang meninggalkan kelab termasuk ketua jurulatih Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero dari barisan kejurulatihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemain seperti Aidil Zafuan Abd. Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab.

“JDT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain yang akan dipinjamkan keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement