Hi, what are you looking for?

Sukan

Liga Super: Josue muncul wira KL City atasi NSFC


KAPTEN Kuala Lumpur City, Paulo Josue muncul wira selepas menyumbangkan gol tunggal untuk menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan itu menafikan hasrat Negeri Sembilan untuk raih kemenangan kelima berturut-turut sekaligus beri kelegaan buat pasukan tangga kedua Liga Super, Sabah.

Bagaimanapun, skuad kendalian K Devan terus kekal di tangga ketiga dengan 32 mata, dipisahkan tiga mata berbanding Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang perlawanan berlangsung, pertahanan tuan rumah begitu berdisiplin dan Negeri Sembilan wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menghadirkan jaringan dalam setiap peluang tercipta.

Pemain pemain KL City meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super 2022 KL City menentang Negeri Sembilan di Stadium <a class=thirstylink rel=nofollow target= blank title=Bola Sepak href=httpskampungmamakcomgobola sepak data shortcode=true>Bola Sepak<a> Kuala Lumpur di sini hari ini FOTO SHIDDIEQIIN ZON

Negeri Sembilan memburu kemenangan kelima berturut-turut bermula cukup garang sebaliknya kecemerlangan penjaga gol tuan rumah, Kevin Ray Mendoza berjaya menafikan beberapa peluang terbaik.

Ketika aksi hampir berakhir tanpa jaringan, kapten KL City, Paulo Josue akhirnya memecah kebuntuan selepas tandukkannya pada masa kecederaan berjaya melepasi jangkauan penjaga gol lawan, Ahmad Syihan Hazmi.

Walaupun memulakan babak kedua dengan sedikit perlahan, Negeri Sembilan akhirnya kembali ke dalam permainan dan berjaya memaksa pemain tuan rumah turun lebih ke bawah bagi melakukan tugasan bertahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Minit ke-79, Ahmad Syihan tampil cemerlang apabila menafikan percubaan jarak dekat Romel Morales dan situasi itu menambah keghairahan Negeri Sembilan untuk terus memberikan tekanan buat KL City.

Seterusnya, KL City dilihat lebih banyak berkampung di kawasan sendiri dan lebih tertumpu kepada serangan balas serta situasi bola mati. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications