Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Liga Super: KDA FC tidak ambil mudah cabaran PDRM FC


ALOR SETAR – Meskipun tampil sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan menentang PDRM FC pada malam esok, Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd. Nafuzi Zain mengingatkan pemain supaya tidak mengambil mudah cabaran The Cops.

Kata beliau, semua pemain diminta memberikan persembahan terbaik dan berhati-hati dengan sebarang elemen kejutan yang mungkin ditampilkan pasukan lawan.

“Mereka ada beberapa pemain bagus seperti Bruno Suzuki yang pernah bersama saya ketika di Terengganu dulu. Mungkin keputusan dua perlawanan awal tidak menyebelahi PDRM tetapi mereka tetap pasukan yang bagus dan bukan mudah untuk kami meraih perlawanan malam esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memang saya risaukan elemen kejutan tetapi saya gembira melihat keadaan pemain KDA FC bagi menghadapi perlawanan esok. Ketika ini ‘mood’ masing-masing amat baik dan kita perlu bermain untuk mendapatkan tiga mata di laman sendiri bagi menggembirakan penyokong,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Mengulas mengenai keadaan fizikal pemain ketika ini, Mohd. Nafuzi memaklumkan terdapat beberapa pemain mengalami kecederaan antaranya ketua pasukan Manuel Ott di bahagian kaki dan Manuel Hidalgo di bahagian rusuk.

“Kami akan menilai keadaan mereka untuk diturunkan malam esok. Selain itu disebabkan jadual yang agak padat dengan kami akan turut menentang Pulau Pinang Rabu depan, ada kemungkinan kami akan membuat penggiliran pemain,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu pemain pertahanan kiri, Muhammad Ariff Farhan Md. Isa berkata, dia bersama rakan sepasukan di bahagian pertahanan sudah bersedia untuk menyerap tekanan daripada barisan serangan PDRM FC yang dijangka berusaha habis-habisan setelah ketandusan gol dalam dua perlawanan awal.

“Selepas mencatatkan satu kekalahan dan satu seri, sudah pasti PDRM FC dahagakan kemenangan. Justeru kami di bahagian pertahanan memiliki tugas penting untuk memastikan pintu gol tidak dibolosi. Setakat ini apa yang boleh saya katakan kami tidak berada di bawah tekanan malah bersemangat berdasarkan dua keputusan awal,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement