Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Linda Onn dedah senasib Tyzo


PETALING JAYA – “Sabar Tuah. Satu pintu tertutup, 10 lagi bakal terbuka.”

Demikian kata-kata semangat dizahirkan bekas penyampai radio, Linda Onn yang pernah buat Tyzo yang baru ditamatkan perkhidmatan selepas lapan tahun setia bersama stesen Suria FM.

Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 47, yang pernah bergelar penyampai Suria FM merungkai sisi gelap bekerja di stesen radio yang hanya bergantung kepada kontrak.

“Inilah realiti dunia radio. Dengar macam seronok, terpeleot (tersasar) sikit nasib kita di hujung dakwat pen.

“Tengah sedap dapat rezeki, layan pendengar, seronok dengan pekerjaan, tup tup (tiba-tiba) esok kontrak tamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sabar sahajalah. Yang tahu dunia radio sahaja tahu, banyak yang indah tetapi segalanya bergantung kepada kontrak sambung atau tidak, kita menang ABP tujuh kali sekali pun tidak membantu ya anak-anak,” katanya dalam Facebook.

Personaliti penyiaran kelahiran Singapura itu turut berkongsi pengalaman menyeronokkan ketika awal memasuki keluarga Suria FM pada 2010.

“Sebenarnya seronok kerja di Suria dulu sebab strategi pasukan kami berjaya naikkan ‘rating’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ingat lagi betapa saya terkejut bila baru nak tandatangan kontrak sudah dapat tahu pendengar 700,000, maklumlah kita biasa pendengar berjuta-juta.

“Masa itu suruh pendengar buat panggilan pun telefon tak berkelip. Berkat usaha gigih pasukan, alhamdulillah dapat lebih tiga juta pendengar. Terus pendengar kenal Suria FM. Baru sebut topik, telefon menyala tidak berhenti. Penangan kami dulu,” ujarnya yang juga penyampai Era FM itu.

Bagaimanapun, hari tidak selalunya cerah apabila pelakon filem Cicakman 2: Planet Hitam itu ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba ketika sedang sama-sama memuncakkan nama Suria FM.

“Kejayaan kadangkala tidak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya, kontrak kita tak sambung pula padahal tengah rancak rancangan paling tinggi ‘rating’.

“Ingat lagi pada hari terakhir diberitahu kontrak tidak disambung dan hari sama harus temu bual Dayang (penyanyi Dayang Nurfaizah) untuk siaran Sabtu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masa Dayang sampai, bos panggil masuk beritahu kontrak tidak sambung, tergendala semuanya kerana hari terakhir Jumaat tetapi temu bual Dayang ke udara Sabtu,” tuturnya.

Baru-baru ini kecoh mengenai perkhidmatan Tyzo yang ditamatkan sebagai penyampai segmen Suria Petang di stesen radio Suria FM pada 12 Januari lalu.

Dalam masa sama, tular video siaran langsung pemilik nama sebenar Tuah Zolqarnain yang mengucapkan ‘terima kasih’ atas penganiayaan seolah-olah tidak rela dengan penyingkiran tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, ramai pendengar menzahirkan rasa tidak puas hati sehingga ada yang mahu memboikot Suria FM.

Terdahulu, Tyzo menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004 selain pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement