Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Liverpool bakal dikecewakan Xabi Alonso


LEVERKUSEN – Pengarah Bayer Leverkusen, Simon Rolfes memberikan jaminan pengendali pa­sukan itu, Xabi Alonso akan terus kekal bersama kelab berkenaan menghadapi saingan musim depan biarpun hangat dikaitkan dengan jawatan di Liverpool.

Sejak Jurgen Klopp mengumumkan keputusan untuk melepaskan jawatannya penghujung musim ini, para peminat The Reds menggesa pengurusan ter­tinggi Liverpool untuk melantik Alonso yang pernah menyarung jersi kelab berkenaan dari 2004 hingga 2009.

Ia berdasarkan rekod hebat pengendali berusia 42 tahun itu yang berjaya mengemudi Le­verkusen mengungguli carta Bundesliga dengan kelebihan lima mata ke atas Bayern Munich di tangga kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alonso juga berjaya memastikan skuad Die Werkself itu kebal tanpa kalah daripada 31 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini termasuk melangkah ke separuh akhir Piala DFB Pokal.

“Sebenarnya bukan sahaja Xabi (Alonso), tetapi pemain-pemain kami juga akan mendapat tawaran daripada kelab-kelab lain berdasarkan prestasi menakjubkan pasukan ketika ini.

“Namun, saya tak bimbang dan menaruh keyakinan tinggi. Walaupun mempunyai klausa dalam kontraknya, tetapi paling penting ialah beliau gembira berada di sini. Kami akan mempunyai ­pasukan yang sangat hebat musim depan,” kata Rolfes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Liverpool terpaksa bertarung dengan satu lagi gergasi Eropah iaitu juara Sepanyol, Barcelona yang dikatakan turut berminat menyambar ­khidmat Alonso.

Ia selepas ketua jurulatih­nya, Xavi Hernandez akan melepaskan jawatannya perhujung musim ini. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement