Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Liyana Jasmay dipuji cantik tanpa mekap


PETALING JAYA – Pelakon Liyana Jasmay dipuji masih kelihatan cantik dan yakin walaupun tanpa secalit solekan pada wajahnya ketika menikmati hidangan burger semasa sedang bercuti di sebuah hotel.

Dalam video yang dikongsikan, Liyana, 36, turut memberitahu dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.

“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.

Video yang dikongsikan pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji sifatnya yang bersahaja, malah tidak kisah untuk mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus seorang selebriti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahkan, Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.

“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” kata seorang pengikutnya.

“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.

“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Liyana tidak terlepas daripada menerima beberapa komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan seperti pembantu rumah atau bibik.

“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.

“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.

Bahkan, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement