Hi, what are you looking for?

Mamak News

Long Tiger Kini Direman Di Penjara Sungai Udang


Beliau berkata sebelum ini individu terbabit direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak bermula 29 Dis sehingga 3 Jan lepas mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

“Reman penjara ini bersangkut dengan kes lama di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan, apabila kita dapat arahan pertuduhan untuk (kes di bawah) Seksyen 224 Kanun Keseksaan, barulah kita bawanya keluar dan tuduh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Jelasnya Long Tiger perlu menjalani kuarantin selama 14 hari yang merupakan prosedur operasi standard (SOP)  yang perlu dilalui untuk memasuki penjara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau berkata lapan individu iaitu seorang wanita dan tujuh lelaki tempatan berusia 30 hingga 40-an, yang turut ditahan dipercayai bersubahat dengan Long Tiger telah dibebaskan atas jaminan polis.

Pada 15 Dis lepas, Abdul Hamim dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum bermula perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Abdul Hamim pada masa sama turut berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu mengenai banjir di Johor, Khaw berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecurian, kematian dan kehilangan individu susulan bencana itu.

“Setakat ini tiada laporan dan kita juga ada hantar anggota untuk menjaga Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Rondaan juga bukan sahaja untuk pematuhan COVID-19, tetapi fokus juga diberikan kepada PPS dan rumah terkesan banjir yang ditinggalkan supaya rumah mangsa banjir ini selamat,” katanya.

Khaw turut menjelaskan setakat ini tiada IPD serta balai-balai di negeri ini yang terjejas banjir dan memaklumkan hanya Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar terjejas selepas dinaiki air banjir setinggi kira-kira 15 sentimeter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa banjir di Johor mencatatkan seramai 3,985 orang setakat 4 petang ini, dengan 61 PPS yang masih beroperasi melibatkan lima daerah iaitu Segamat kekal jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,460; Tangkak (739); Muar (714); Batu Pahat (53); dan Mersing (19).

— BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications