Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lotus’s Tarik Balik Penjualan ‘Value Chicken Nuggets’, Minta Pelanggan Pulang Semula Produk Di Cawangan Terdekat


Susulan isu makanan segera nuget ayam, ‘Lotus’s Value Chicken Nugget’ yang didakwa sudah berkulat dan tidak berkualiti, pasar raya Lotus mengumumkan untuk menarik balik semua penjualan produk berkenaan buat sementara waktu.

Menerusi kenyataan media laman Facebook, Lotus’s memohon maaf kepada pelanggan yang telah membeli produk tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana memaklumkan hal ini kepada pihak mereka.

Justeru itu, pihak Lotus’s mengambil serius tentang perkara ini dan telah menarik balik produk tersebut dari semua pasar raya Lotus’s seluruh negara bagi menangani masalah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom

Jelasnya lagi, jaminan kualiti dan keselamatan semua produk jenama Lotus’s menjadi keutamaan syarikat. Lotus’s juga sentiasa memastikan pembekal makanan di premis ini mematuhi garis panduan ditetapkan Program Jaminan Kualiti dan Sistem Keselamatan Makanan HACCP.

Sehubungan dengan itu, pihak Lotus’s menyeru kepada pelanggan yang baru membeli Lotus’s Value Chicken Nuggets untuk memulangkan kembali pek tersebut bersama resit pembelian di mana-mana cawangan Lotus’s terdekat. Malah, pelanggan tetap menerima wang ganti walaupun tiada resit produk tersebut.

| Kampungmamakcom

Sekiranya pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Talian Bantuan Pelanggan di 1300131313 atau terus email kepada pihak Lotus’s sendiri di lotusshelpline@lotuss.com.my.

Sumber: Lotus Malaysia

BELI NUGGET MURAH: https://shp.ee/suianyx

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement