Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

“Luar Sekolah, Dalam Kondo,” Ramai Terpukau Tengok Bilik Majalah Sekolah Yang Dihias Cikgu Ni


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Luar Sekolah, Dalam Kondo,” Ramai Terpukau Tengok Bilik Majalah Sekolah Yang Dihias Cikgu Ni

Guru merupakan bidang pekerjaan yang penting dalam mendidik anak-anak untuk memperolehi ilmu tentang kehidupan dan masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjadi seorang guru pada zaman sekarang ini sangat mencabar terutamanya selepas kemunculan pelbagai teknologi moden.

Dalam pada itu, dengan kemudahan bilik darjah yang asas dan terhad, memerlukan guru menjadi lebih kreatif dalam memastikan ruangan yang dipertanggungjawabkan menjadi lebih menarik.

Seperti perkongsian di TikTok oleh seorang guru yang menggunakan nama @sir_koja atau Shahrizal Sha’ari, beliau telah menunjukkan daya kreativitinya dalam menghias ruangan yang tersedia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video yang memaparkan keadaan bilik majalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Johor yang dikendalikan olehnya tular kerana ia kelihatan sangat rapi dan selesa.

Ruang majalah untuk keselesaan pelajar

Mungkin jika dilihat dari luar, bilik majalah tersebut hanya seperti bilik-bilik lain di sekolah itu, namun apabila masuk ke dalam, ia sangat memukau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ruangan yang lengkap seperti sebuah rumah itu dipenuhi dengan pelbagai kemudahan seperti peti sejuk, pendingin hawa dan mini pantry.

“Inginkan tempat kerja yang selesa bukan ambil masa sehari. Walaupun dekat sekolah, biar lah vibe tu feels like home. Jadi tak adalah rindu rumah sangat. Rumah dengan bilik dekat sekolah pun lebih kurang,” tulis kapsyen muat naik video guru tersebut. 

Menurutnya ketika dihubungi SK, kos keseluruhan ubah suai dan dekorasi ruangan itu bernilai lebih RM2,000 pada mulanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun kos tersebut bertambah selepas dekorasi tambahan seperti pokok plastik, alat tulis, CCTV dan lain-lain digunakan untuk menghias ruangan tersebut.

@sir_koja

Sebab ramai kata video sebelum ni mcm drone murah la, lalat bawak kamera la, rama2 yg rakam la…hahahaha…kelakar…saya rakam smula….

♬ Positive Vibes – Soundbeaver

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Selain itu, dalam beberapa video yang berasingan, guru tersebut turut mengubah suai beberapa bilik yang lain di sekolah tersebut.

Antara bilik yang diubah suai adalah bilik kesihatan, di mana ruangan itu telah diubah saling tidak tumpah seperti bilik di klinik swasta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ruangan itu dilengkapi dengan kemudahan kerusi roda dan dua katil bersaiz single untuk pelajar yang tidak sihat berehat.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

@sir_koja

bilik kesihatan ni baru je siap diubah…sebelum ni mmg x mcm rupa bilik kesihatan pun, murid2 masuk je macam makin sakit je…transformasi….

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ Menjemput Rezeki – Sinka Sisuka

Pengorbanan guru ini dalam memberikan keselesaan dan kemudahan kepada para pelajar sememangnya harus dipuji.

Sumber: TikTok/@sir_koja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications