Hi, what are you looking for?

Sukan

Luis Enrique belum sedia ke England


MADRID – Pengendali berpengaruh dari Sepanyol, Luis Enrique mengakui masih terlalu awal untuk mengasah taring dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus menolak sebarang spekulasi apabila dikaitkan dengan kelab Tottenham Hotspur ketika ini.

Sebagai rekod, Spurs sedang giat mencari jurulatih baharu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Antonio Conte yang dipecat pada minggu lalu susulan prestasi tidak konsis­ten yang dipamerkan sepanjang musim ini.

Enrique yang tidak memegang sebarang jawatan selepas dipecat daripada menjadi pengendali Sepanyol selepas kempen Piala Dunia 2022 mengakui masih ada banyak masa untuknya menco­ngak semula masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya memang mahu ke England untuk bekerja, tetapi bukanlah dalam masa terdekat khususnya apabila saingan musim baharu bermula pada Julai nanti.

“Secara peribadi, saya sukakan pasukan yang boleh memberikan cabaran yang kompetitif dan itu tidak bermakna saya akan menerima apa sahaja tawaran daripada kelab EPL.

“Cuma buat masa ini, saya masih belum menerima sebarang tawaran rasmi dan hanya mendapat tawaran daripada pa­sukan kebangsaan yang sedang saya pertimbangkan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, bekas pengendali Barcelona itu mengakui selesa dengan khabar angin yang diberitakan oleh media di England meskipun ia tidak benar sama sekali.

“Jujurnya selepas Piala Dunia, saya tidak baca berita sukan di Sepanyol sebaliknya hanya membaca media dari England meski­pun ada dakwaan da­ripada berita tersebut tidak semuanya tepat,” katanya yang turut dikaitkan sebagai pengganti Pep Guardiola di Manchester City. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications