Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Maafkan saya, keterlanjuran ini takkan berulang lagi – Shukri Yahaya


KUALA LUMPUR: Pelakon Shukri Yahaya memohon maaf di atas kekhilafan dirinya berikutan dakwaan melakukan adegan berunsur ‘soft porn’ dalam drama terbaharunya, Layang-Layang Perkahwinan.

Pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Yahaya itu berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang mengundang kecaman selepas tular dalam media sosial, baru-baru ini.

“Saya minta maaf sebab apa yang terjadi itu semuanya berpunca daripada kesilapan saya sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Babak diperkatakan itu sebenarnya diadakan pada hari pertama penggambaran dan saya teruja merealisasikan adegan tersebut tanpa memikirkan sensitiviti penonton.

“Ketelanjuran sebegini takkan berulang kembali,” katanya ketika di temui pada sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan, hari ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun terbabit menjelaskan dirinya tidak suka membaca skrip terlebih dahulu dan hanya melakukan interpretasi sewaktu hari penggambaran.

“Saya berterus-terang saya tak suka baca skrip. Saya hanya akan meneliti semula babak ketika berada di set penggambaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada awalnya, saya bayangkan adegan itu sedikit saja, lagi pun itu hari pertama di set sampai saya terlampau bersungguh-sungguh mahu menjayakan watak,” ujarnya.

Mengulas tentang reaksi netizen yang membencinya kerana melakonkan adegan keterlaluan itu, bapa kepada dua cahaya mata berkenaan menjelaskan dia hanya mahukan kelainan dalam lakonannya.

“Saya nak cuba nampak lain serta lebih versatil memandangkan sebelum ini selalu bawa watak lelaki lurus bendul.

“Jadi, saya nak buktikan kepada semua orang bahawa saya boleh bawa watak ini. Namun, nampaknya percubaan ini tidak diterima kerana dianggap kurang sensitif,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan babak Shukri membawakan watak Azim Hasibullah sedang mandi sebelum didatangi Alya Iman (Tsuraya Lin) yang masuk ke dalam bilik air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azim berstatus suami orang tidak memakai baju bertindak menarik tangan Tsuraya sebelum disambut wanita terbabit dengan senyuman mengghairahkan.

Sedutan video tersebut telah meraih perhatian netizen yang dilihat meninggalkan pelbagai kecaman tanda tidak puas hati. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement