Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Maggi Goreng Basah Versi Khairul Aming Pasti Buat Ramai Terliur, Menu ‘Simple’ Pilihan Ramai


Maggi Goreng Basah Versi Khairul Aming Pasti Buat Ramai Terliur, Menu ‘Simple’ Pilihan Ramai

Mencari-cari apa hidangan ‘simple’ yang sesuai dimakan pada waktu malam? Tidak lain dan tidak bukan, Khairul Aming pasti ada penyelesaiannya.

Sebut sahaja tentang Khairul Aming, pasti anda kecur air liur melihat perkongsian resipi makanan yang dilakukan di laman rasmi Tiktoknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, produk Sambal Nyet yang diusahakannya telah mendapat meraih keuntungan sebanyak RM21.5 juta dalam masa dua tahun.

Seperti yang dikongsikan di laman Twitter beberapa minggu lalu, jualan Sambal Nyet pada 2021 hanyalah RM7.5 juta, namun ia meningkat sekali ganda kepada RM14 juta pada 2022.

Tidak hanya itu, baru-baru ini, Khairul Aming sekali lagi mendapat perhatian umum apabila berkongsi resipi “Donut Susu” yang pastinya membuatkan anda terliur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kali ini, Khairul berkongsi juadah ringan untuk hidangan malam yang dinamakan sebagai “Maggi Goreng Basah”.

Perkongsian yang berdurasi 1.11 saat itu telah mendapat 6.4 juta tontonan, 587,800 tanda suka, 5,725 komen yang ditinggalkan dan 38,800 tanda kongsi (setakat artikel ditulis).

Ini membuktikan bahawa resipi yang dikongsikan oleh pempengaruh tersebut memang ditunggu-tunggu oleh para peminatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@khairulaming

Sebungkus tak cukup, dua bungkus banyak sangat 🥲 #maggigorengbasah #sambalnyet #makanlokal

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Berbalik kepada Maggi Goreng Basah, Khairul telah menyenaraikan beberapa bahan yang diperlukan untuk menghasilkan maggi yang diyakini sedap sehingga menjilat jari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: “Isteri Sediakan Makan, Jaga Anak-Anak..” Azlee Senario Seru Para Suami Hargai Isteri

Bahan-bahan yang diperlukan

Antara bahan-bahan yang diperlukan sudah pasti Maggi itu sendiri. Seterusnya, bawang merah dan bawang putih, isi ayam, cili boh, perencah Maggi, sos cili, kicap manis, cili padi dan sayur sawi.

Cara memasak Maggi Goreng Basah versi Khairul Aming

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkongsian tersebut, Khairul Aming hanya menggunakan dua bungkus Maggi yang telah dimasak dan ditapis, sebiji bawang merah dan dua ulas bawang putih yang dicincang.

Kemudian masukkan isi ayam tetapi sekiranya anda ingin menggunakan isi ketam, udang atau ikan juga boleh, tiada masalah.

Selepas itu, masukkan satu sudu cili boh dan air secukupnya. Selepas mendidih, masukkan pula satu perencah maggi (kalau guna dua bungkus maggi, anda guna satu perencah sahaja).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, masukkan juga sos cili, kicap manis, maggi, cili padi dan yang terakhir masukkan sayur sawi. Jangan  lupa perahkan sidikit limau nipis. Siap! Maggi Goreng Basah sedia dihidang.

Tetapi, jika anda penggemar makanan pedas, anda juga digalakkan untuk menambah satu sudu Sambal Nyet Berapi. Jangan banyak-banyak kerana hidangan itu sudah cukup pedas. Utamakan juga kesihatan anda.

Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan:

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Maggi Goreng Basah Versi Khairul AmingKredit: @khairulaming | Tiktok| Kampungmamakcom Maggi Goreng Basah Versi Khairul AmingKredit: @khairulaming | Tiktok

 

Sumber: Khairulaming | Tiktok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement