Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mahkamah Benar Pelepasan Sementara Pasport Ahmad Zahid


Mahkamah benar pelepasan sementara pasport Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pelepasan sementara pasport Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk beliau memohon pasport diplomatik bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan timbalan perdana menteri supaya pasportnya dikembalikan secara kekal kepada beliau, bagi membolehkan beliau menjalankan tugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ini adalah permohonan pihak pendakwaan yang saya bersetuju bahawa tertuduh (Ahmad Zahid) berhak mendapat semula pasportnya bagi tujuan memohon pasport diplomatik dan selepas itu pasport perlu dikembalikan kepada mahkamah.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Permohonan pemohon supaya pasportnya dilepaskan secara kekal ditolak,” kata hakim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 26 Jan lepas, Ahmad Zahid memohon untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai timbalan perdana menteri.

Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi, yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications