Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mahkamah: Dua lelaki simbah cat didenda RM12,300


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

ALOR SETAR – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan khianat serta menakutkan secara jenayah dengan cara membaling cat dan menampal notis amaran di rumah mangsa pada 10 September lalu.

Tertuduh iaitu Mohd. Nain Ismail, 38, seorang pesawah dan Asmadi Abu Hassan, 41, tukang rumah masing-masing mengaku bersalah atas empat pertuduhan dihadapi mereka.

Dua pertuduhan awal dibacakan di hadapan Majistret Norhidayah Mohd. Noor, manakala dua lagi pertuduhan dibacakan di mahkamah berasingan di hadapan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi semua pertuduhan itu, Mohd. Nain dan Asmadi masing-masing didenda sebanyak RM12,300.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama melakukan khianat dengan cara menyimbah cat ke rumah seorang individu dengan kerugian RM500.

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 50 tahun dengan cara menampal notis tertera amaran supaya membayar hutang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Jalan Perak di sini antara pukul 2.38 petang hingga 2.39 petang, 10 September lalu,

Mereka didenda RM3,000 bagi setiap pertuduhan dihadapi selain diarah menjalani hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sementara di Mahkamah Majistret berasingan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan khianat dengan cara menyimbah cat di sebuah rumah di Kampung Haji Burhan dengan kerugian RM3,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka secara bersama didakwa dengan sengaja menakutkan secara jenayah seorang lelaki dengan cara menampal notis bertulis ugutan secara jenayah di rumah sama.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Burhan, Jalan Langgar di sini antara pukul 2.11 petang hingga 2.12 petang, 10 September lalu. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori maut apabila kenderaan yang dipandunya itu merempuh sebuah papan tanda di Persiaran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Tular Beribu “”, Resort Baru Buka Ni Jadi Tumpuan Sampai Ada Yang Dedahkan Keadaan Sebenar Ketika ini pasti...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAWA BARAT: Ketua Komuniti Ciamis MUA, Santi Novianti meminta maaf kepada seluruh lapisan masyarakat berhubung acara pertunjukan fesyen...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEKAS atlet renang kebangsaan, Daniel Bego mengakui tidak kecewa selepas rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications