Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mahkamah: Emilia Hanafi jual roti jala selepas bercerai


KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal, dia terpaksa banyak membuat kerja-kerja sambilan antaranya menjual makanan bagi menampung kehidupan.

Menurut Emilia, 43, antara makanan yang dijual dari rumah ialah roti jala kuah kari, pulut kuning, rendang daging dan kerepek bayam.

“Saya juga menjual agar-agar serta ada membuat kek yang mana resipi kek itu saya pelajari semasa saya tinggal di Amerika Syarikat. Pada sama saya juga buat freelance (kerja sambilan) dekorasi rumah,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, pekerjaan sambilan yang dilakukan adalah bagi menanggung keluarga termasuk tiga anak lelakinya yang berusia 10, 12 dan 17 tahun yang mana nafkah interim RM2,000 yang diterima bagi seorang anaknya tidak cukup.

“Pada waktu sekarang saya dan tiga anak lelaki menumpang di rumah ibu dan bapa saya, kerana masih menunggu lokasi tempat tinggal untuk anak-anak dari (perintah) Mahkamah Syariah,” katanya lagi.

Emilia berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Emilia dan S.M Faisal berkahwin pada 2002 sebelum bercerai 2016 manakala hak penjagaan terhadap tiga anak mereka, diberikan sepenuhnya kepada wanita itu.

Dalam prosiding hari ini S.M Faisal diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nadia Othman bersambung lagi 28 Februari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, S.M Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, pada 22 November 2015.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini mengarahkan Emilia dipanggil memberi keterangan hari ini berhubung dakwaan dipukul bekas suaminya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majistret Nadia memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili S.M Faisal untuk Emilia dipanggil dahulu memberi keterangan.

Menurut mahkamah, kes itu pada 2016 namun pada 2021 bermula perbicaraan selain mahkamah bersedia mendengar kes ini tanpa gangguan.

Dalam prosiding terdahulu, bekas adik ipar S.M Faisal, Elisa Nani Hanafi, 38, memberitahu tujuh tahun lalu kakaknya Emilia Hanafi pernah bercerita dia selalu dipukul oleh suaminya secara berterusan selama tiga hingga empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement