Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mahkamah: Hasanah lepas, bebas pertuduhan pecah amanah RM50.4 juta


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab. Hamid hari ini dilepas dan dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan pecah amanah wang harta kerajaan berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta).

Dengan keputusan itu, Hasanah ,65, tidak lagi boleh didakwa di mahkamah atas pertuduhan serupa.

Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain ketika memutuskan demikian berkata, adalah tidak adil untuk Hasanah dengan membiarkan pertuduhan tersebut tergantung begitu sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menurut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah, mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Menurut Berdasarkan fakta bahawa pihak pendakwaan tidak lagi mempunyai keinginan untuk meneruskan kes, maka mahkamah mempunyai kuasa ini akan memberikan perintah dilepaskan dan dibebaskan.

“Tidak adil buatnya untuk pertuduhan ini terus tergantung di kepalanya untuk lebih dari setahun. Keadilan tidak dilaksanakan dengan cara sedemikian,” kata Roz Mawar.

Pada 12 April 2021, Hasanah hanya dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah selepas pihak pendakwaan ketika itu memaklumkan terdapat penemuan-penemuan baharu berkaitan kes berkenaan dan wanita itu  akan dituduh dengan pertuduhan baharu berdasarkan kepada penemuan-penemuan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah mengaku tidak bersalah atas tuduhan  sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah melakukan pecah amanah wang berjumlah US$12.1 juta (RM50.4 juta) milik Kerajaan Malaysia.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan JPM, Kompleks JPM, Putrajaya di antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON – Jentera Ferrari yang dipandu legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher pada saingan musim 2003 akan dilelong...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PENULARAN Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak penghujung 2019 ternyata mengubah corak kehidupan rakyat dengan pelbagai norma baharu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA: Presiden Indonesia, Jo Widodo (Jowi) disaman di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat berhubung dakwaan ijazah palsu yang digunakan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Tak Tahan Bunyi Bising Burung Jiran, Wanita Nekad Pindah & Jual Rumah Hanya kerana tidak tahan bunyi bising...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications