Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mahkamah: Mahu dengar isu bidang kuasa sebelum rayuan Rosmah


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan akan mendengar penghujahan lanjut sama ada ia mempunyai bidang kuasa mendengar dua rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menyingkirkan hakim perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapinya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah menangguhkan rayuan yang sepatutnya didengar hari ini bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis berhubung isu interlokutori yang dibangkitkan oleh mahkamah.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan memberikan tempoh sebulan untuk penyediaan hujahan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Hakim Hanipah membangkitkan persoalan berhubung isu interlokutori sama ada panel itu mempunyai bidang kuasa mendengar kedua-dua rayuan Rosmah.

Beliau mengarahkan pihak-pihak berhujah sama ada keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang enggan menarik diri daripada perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai, tertakluk di bawah definisi Seksyen 3 dibaca bersama Seksyen 51 Akta Mahkamah Kehakiman (CoJA) 1964.

Seksyen 3 menyatakan ‘keputusan’ termasuklah penghakiman, hukuman atau perintah, tetapi tidak termasuk apa-apa ketetapan yang dibuat dalam perjalanan sesuatu perbicaraan atau pendengaran apa-apa kausa atau perkara yang tidak melupuskan hak pihak-pihak secara muktamad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar Hakim Hanipah, isu sama ada keputusan Hakim Mohamed Zaini boleh dirayu atau sebaliknya, tidak dibangkitkan oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

Panel itu turut mengarahkan kedua-dua pihak berhujah berhubung isu ‘res jucicata’ yang mana prinsip undang-undang itu menyatakan suatu perkara yang telah dikemukakan dan diputuskan oleh mahkamah berasingan, tidak boleh lagi dibangkitkan di mahkamah lain.

“Panel ini mahukan kedua-dua pihak berhujah lanjut berhubung isu bidang kuasa dan prinsip undang-undang ‘res judicata’ sebelum mahkamah mendengar kedua-dua rayuan perayu (Rosmah).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mahkamah memberikan tempoh sebulan bagi kedua-dua pihak menyediakan penghujahan bertulis dan nas undang-undang,” ujar Hakim Hanipah.

Rosmah diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Gopal Sri Ram mewakili pihak pendakwaan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Is Sabri Ucap Tahniah Kepada Anwar, Doakan Kerajaan Baharu Dapat Teruskan Kestabilan Politik Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Polis membuka kertas siasatan terhadap hantaran dalam yang didakwa menghina laungan azan yang dilaungkan di sebuah...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MARANG – Hanya kerana perlanggaran kecil, seorang lelaki menjadi mangsa tetakan sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Mee Kuning Rasa Kapur, Jom Cuba Petua Ini Untuk Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning Terdapat pelbagai jenis...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications