Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Mahkamah: Pegawai PPK Klang didenda RM17,000 guna invois palsu


SHAH ALAM – Tindakan seorang penolong pegawai hal ehwal ekonomi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang menggunakan invois palsu bernilai RM17,000, lima tahun lalu berbalas apabila didenda dengan jumlah sama oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim Datuk Anita Harun menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Mohd. Zamadi Mohd. Zain, 43, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pilihan.

“Kesalahan tertuduh telah mencalarkan imej pihak-pihak berkaitan meskipun telah mengembalikan atau membayar RM17,000 (tuntutan daripada invois palsu) itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, saya menjatuhi hukuman denda RM17,000 dan sekiranya gagal bayar dipenjara 9 bulan,” tegasnya dalam penghakimannya.

Bapa kepada tiga orang itu didakwa dengan curang menggunakan satu invois palsu sebuah syarikat berjumlah RM17,000 sebagai tulen kepada pegawai atasannya di Pejabat PPK Klang dekat sini pada 15 Januari 2018.

Sabit kesalahan boleh penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam Ainul Azwan @ Ainul Azirahman yang mewakili tertuduh merayu hukuman denda minima tanpa sebarang penjara.

Ini berikutan, katanya, anak guamnnya itu baharu sahaja menjalani pembedahan kecil apabila diserang penyakit jantung.

“Ini merupakan kesalahan pertama dengan tertuduh telah insaf dan janji tidak ulangi kesalahan dan jenayah-jenayah lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anak guam juga menanggung isteri dan tiga anaknya termasuk seorang daripadanya mempunyai penyakit autisim selain ibu di Gua Musang, Kelantan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras menegaskan kesalahan itu telah mencemarkan nama baik dan imej buruk PPK klang secara khususnya pihak-pihak terlibat termasuk kontraktor.

“Sepatutnya amanah dan tanggungjawab dijalankan dengan telus dan bukan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kosmo! pada 13 Oktober 2021 melaporkan seorang lelaki yang merupakan penolong pegawai sebuah agensi perladangan direman selama lima bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM15,000. -KOSMO!ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications