Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mahkamah Perancis Putuskan Pekerja Berhak Tak Perlu Ikut Aktiviti Syarikat


Mahkamah Perancis Putuskan Pekerja Berhak Tak Perlu Ikut Aktiviti Syarikat

Seorang lelaki warga Perancis telah diberikan hak untuk bersikap boring apabila hakim di mahkamah di Paris memutuskan untuk berpihak kepadanya selepas dipecat kerana tidak menyertai aktiviti mingguan syarikat pada setiap hujung minggu.

Mahkamah juga telah memutuskan bahawa tindakan bekas majikan yang memecat lelaki tersebut adalah satu kesalahan disebabkan dia enggan menyertai rakan sekerjanya (dalam aktiviti anjuran syarikat) pada hujung minggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki yang dikenali sebagai Mr T itu bekerja sebagai penasihat kanan untuk sebuah syarikat perunding di Paris iaitu Cubik Partners antara 2011 hingga 2015, lapor Daily Telegraph.

Memetik Wion News, Mr T tidak bersetuju dengan idea syarikatnya untuk keluar ‘berseronok’ selepas bekerja seminggu sekali.

Pada tahun 2015, syarikat berkenaan bertindak untuk memecatnya dengan alasan ‘tidak bersikap profesional’ disebabkan oleh keengganan beliau dalam menyertai aktiviti tersebut dan menuduhnya membosankan dan sukar untuk diajak bekerjasama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Mr T berkata bahawa beliau mempunyai hak untuk menolak dan tidak mengambil bahagian dalam polisi syarikat. Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan idea ‘keseronokan’ syarikat.

Pada awal November lepas, Mahkamah Perancis memutuskan untuk memihak kepada Mr T selepas tujuh tahun memfailkan dakwaan tersebut dan mengarahkan Cubik Partners membayar £2,574 paun (RM 13,839).

Dalam keputusannya, mahkamah berkata bahawa tidak semua orang boleh menyertai majlis atau aktiviti pada setiap hujung minggu secara paksa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mr T juga mendakwa bahawa “keseronokan’ syarikat berkenaan merupakan aktiviti yang keterlaluan iaitu minum minuman beralkohol dalam kuantiti yang banyak dan tidur sekatil dengan rakan sekerjanya.

Selain itu, pihak mahkamah juga berkata bahawa ia telah melanggar hak pekerja untuk menghormati privasi kehidupan mereka.

Hakim turut menyatakan Mr T berhak mendapat kebebasan bersuara termasuk keengganannya dalam menyertai aktiviti berkenaan dan juga bukan dijadikan alasan itu untuk memecatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, Mr T telah menuntut sebanyak £395,630 paun (RM 212,7137) yang akan dipertimbangkan semasa perbicaraan yang seterusnya.

Sumber: Wion News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement