Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mahkamah: Pihak pendakwaan mohon tujuh kes Muhyiddin dibicara bersama


KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memohon supaya tujuh kes iaitu empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya dibicarakan secara bersama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Semasa prosiding, Wan Shaharudin, memaklumkan telah memfailkan permohonan itu semalam dan dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin tidak membantah dengan permohonan pihak pendakwaan untuk semua kes dibicarakan secara bersama.

Selepas mendengar makluman kedua-dua belah pihak, hakim Azura kemudian menetapkan 4 Ogos ini bagi sebutan semula kes.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta, tiga tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menggunakan kedudukannya untuk empat suapan masing-masing RM200 juta, RM1juta, RM19.5 juta dan RM12 Juta yang kesemuanya berjumlah RM232.5 juta.

Ia yang mana kesemua suapan-suapan itu diterima daripada tiga buah syarikat dan seorang individu.

Bagi empat pertuduhan itu, tertuduh didakwa di bawah seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hukuman bagi seksyen tersebut memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kelima dan keenam Muhyiddin didakwa atas dua pertuduhan iaitu sebagai presiden parti Bersatu telah menerima hasil daripada aktiviti haram masing-masing RM120 juta dan RM75 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti itu.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Dengan enam pertuduhan itu menjadikan Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, yang popular digelar ‘abah’ itu merupakan bekas Perdana Menteri kedua didakwa di mahkamah selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kemudian pada 13 Mac lalu, Muhyiddin sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM5juta, tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SPM: Berkat Doa Guru, Ibu Bapa Raih 11A+, 1A SUNGAI PETANI, 8 Jun (Bernama) — Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew bantu ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang...

Sukan

0 MADRID – Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema akhirnya sah menyertai kelab juara Liga Arab Saudi, Al Ittihad selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun...

Mamak News

0 ISLAMABAD: Polis Pakistan secara rasmi menamakan bekas Perdana Menteri, Imran Khan sebagai bersubahat dalam satu kes pembunuhan berlaku Selasa lalu.   Imran, 70, didakwa...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications