Hi, what are you looking for?

Mamak News

Mahkamah : Wanita hamil didakwa abaikan 3 anak selama 4bulan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

MELAKA – Seorang wanita hamil didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya tanpa jagaan selama empat bulan, tahun lalu.

Tertuduh, Masanizah Roslan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu am sekolah didakwa dengan cuainya telah meninggalkan tiga anak kandungnya yang ketika kejadian berusia 11, 8 dan 6 tahun tanpa jagaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tindakan itu mungkin akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Gadong Perdana, dalam daerah Melaka Tengah antara 23 Mei 2021 sehingga 25 September 2021.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia sedang hamil tiga bulan dan masih perlu menanggung tiga anaknya dengan gaji bulanan yang kecil.

Difahamkan, ketiga-tiga anak tersebut merupakan hasil perkahwinan pertamanya dan kesemua mereka kini dijaga oleh ibu saudara kepada bekas suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 12 September ini bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Harapan skuad bawah 17 (B-17) negara untuk mengutip tiga mata berharga tidak kesampaian selepas seri...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA KINABALU – Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinasihatkan berwaspada dengan taktik penipuan yang menawarkan rumah sewa di...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DAKAR: Tiga anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bangladesh terbunuh dalam kejadian letupan bom tepi jalan di...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Penyanyi juga pengacara, Sissy Imann mengakui pernah menolak ajakan kenalan dalam industri untuk berpura-pura berpacaran...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications