Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mahu hentikan protes, Iran bakal kaji semula undang-undang pemakaian hijab


TEHERAN: Siri protes yang berlangsung di Iran sehingga menyaksikan ratusan penduduk awam maut akibat ditembak pasukan keselamatan menyebabkan kerajaan akan mengkaji semula undang-undang yang mewajibkan golongan wanita memakai hijab.

Undang-undang itu sudah dikuat kuasa di Iran sejak berpuluh tahun dan pemansuhannya atau sebarang tindakan memperbaharui undang-undang berkenaan dijangka memberi perubahan besar terhadap sosial masyarakat di negara ini.

Penilaian semula undang-undang tersebut bertujuan menghentikan protes jalanan yang berlanjutan selama lebih dua bulan di negara ini yang dikaitkan dengan bantahan berhubung etika berpakaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siri rusuhan ganas melanda Iran sejak kematian seorang wanita berasal dari Kurdistan, Mahsa Amini, 22, pada 16 September lalu, tiga hari selepas dia ditahan polis kerana didakwa melanggar kod pakaian berasaskan undang-undang syariah.

Menurut pihak berkuasa Iran, wanita itu ditahan kerana dia memakai hijab ‘dengan cara yang salah’ dan menafikan kematiannya dikaitkan dengan polis.

Sepanjang protes yang berlaku, kumpulan penunjuk perasaan wanita membakar hijab mereka dan melaungkan slogan antikerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak kematian Mahsa, semakin ramai wanita di negara ini enggan lagi memakai hijab sebagai tanda protes, terutama di utara Teheran, malah turut merebak ke seluruh dunia.

“Parlimen dan badan kehakiman sedang meneliti isu tersebut (undang-undang pemakaian hijab), sama ada ia perlu diubah atau dimansuhkan mengikut kesesuaian semasa,” kata Peguam Negara Iran, Mohammad Jafar Montazeri.

Lapor agensi berita IRNA, Mohammad Jafar tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perubahan yang bakal dilakukan dalam undang-undang tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas beliau, pasukan yang bertanggungjawab melakukan semakan semula sudah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Kebudayaan dan bakal memutuskan langkah yang perlu diambil dalam masa terdekat.

ISLAM AKAR PERLEMBAGAAN

Sementara itu, Presiden Iran, Ebrahim Raisi menegaskan republik ini dan ajaran Islam merupakan akar umbi dalam Perlembagaan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun, terdapat kaedah pelaksanaan Perlembagaan yang membolehkan ia dilakukan secara lebih fleksibel,” ujarnya.

Pemakaian hijab diwajibkan bagi wanita di negara ini bermula April 1983, empat tahun selepas revolusi 1979 yang menggulingkan monarki dan tertubuhnya Republik Islam.

AKUI RAMAI TERKORBAN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis Keselamatan Tertinggi Kebangsaan mengakui lebih 200 penunjuk perasaan maut dalam siri protes yang berlangsung.

Jelas badan tersebut, jumlah itu turut melibatkan anggota keselamatan, penduduk awam, penunjuk perasaan dan anggota kumpulan pemisah.

Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pada minggu ini turut menyatakan lebih 300 orang terbunuh dalam rusuhan ganas yang berlaku, selain menyebabkan kerugian jutaan dolar terhadap infrastruktur negara. – AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement