Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Maki suami remukkan kereta, neraka tempat dia – Ustaz Wadi Annuar


PETALING JAYA – Susulan isu pensohor media sosial yang juga anak pelakon senior, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memaki hamun suaminya gara-gara meremukkan keretanya, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar tampil menegur wanita itu.

Wadi menerusi satu muat naik video dalam media sosial,  mengucap panjang seraya menitipkan pesanan buat ramai wanita di luar sana apabila mengetahui tentang situasi tersebut.

“Dia maki hamun suaminya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

“Puluhan ribu orang tahu dia makin hamun, sebab dia rakam waktu dia maki hamun suami dia itu,” katanya dalam video terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub menegaskan, seorang wanita berstatus isteri itu tidak cium bau syurga sekiranya berbuat demikian terhadap suaminya.

“Reda seorang isteri itu pada tangan seorang suami. Sepertimana reda seorang anak pada tangan seorang ibu.

“Kalau tak sempat taubat dan diampunkan Allah SWT, maka nerakalah tempat seseorang itu. Wal iyadzubillаh dengan dosa tersebut,” getusnya.

Terdahulu, Kak KM yang merupakan anak kepada drama terkenal, Normah Damanhuri mencetuskan kontroversi dalam media sosial apabila memarahi dan memaki hamun suaminya, Razman Ramli dengan perkataan tidak senonoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu meluahkan rasa bengang terhadap suaminya iaitu kerana enggan memohon maaf selepas menyebabkan kereta miliknya jenama Toyota Alphard mengalami remuk teruk akibat terlanggar tembok rumah. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications