Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Maklumat tentera Israel jumpa pintu masuk terowong Hamas tidak dapat disahkan


GAZA: Tentera Israel mendakwa menemukan pintu masuk terowong bawah tanah yang dipercayai digunakan oleh kumpulan pejuang Hamas di Hospital al-Shifa.

Menerusi rakaman video yang dikongsi Israel menunjukkan pintu masuk terowong berkenaan di bahagian luar hospital berkenaan.

Namun, Reuters tidak dapat mengesahkan video tersebut yang menunjukkan pintu masuk itu mempunyai ruang yang dalam, dikelilingi dinding konkrit dan pasir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tentera Zionis menyatakan mereka juga menemukan sebuah kenderaan yang dipenuhi dengan senjata di hospital tersebut.

Kelmarin, Hamas membidas dakwaan Pentagon dan Jabatan Negara AS yang menuduh mereka menggunakan al-Shifa sebagai kubu dan menyifatkannya sebagai ‘mengarut dan lemah’.

AS sebelum ini yakin menerusi maklumat yang dikumpul pasukan perisiknya bahawa terdapat rangkaian terowong Hamas di bawah hospital tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Dua syarikat telekomunikasi di Gaza memaklumkan semua sumber tenaga yang dibekalkan kepada mereka sudah habis dan isyarat juga terputus.

Dengan ketiadaan komunikasi dan bahan api, amat sukar untuk mengkoordinasi konvoi trak bantuan kemanusiaan, menurut Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications