Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Malam sejuta rasa Sweet Charity


SARAT nostalgia. Itulah gambaran nuansa konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity apabila Zepp Kuala Lumpur berkumandang dengan deretan lagu malar segar band rock otai tersohor itu.

Biar kebanyakan audiens belum dilahirkan ketika Sweet Charity ditubuhkan pada 1969, dapat dilihat penonton yang berusia seawal 20-an turut menikmati alunan vokalis, Datuk Ramli Sarip sepanjang hampir tiga jam persembahan mega itu berlangsung.

Bukan tidak pernah mengikuti konsert solo penghibur asal Kota Singa itu, namun aura tampil bersama kumpulannya menyuntik perasaan berbeza apatah lagi kebanyakan seleksi lagu diberi nafas baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitupun, keaslian 25 dendangan yang bergema di hadapan hampir 2,000 penonton tetap dikekalkan sehingga setiap bait lagu mampu menusuk sukma, sekali gus membangkitkan kenangan silam.

| Kampungmamakcom
Ramli masih mampu memberikan kepuasan maksimum buat para penonton walaupun usianya kini sudah melepasi garis 70 an

Umpama magnet

Memanaskan panggung dengan Hilang Gelap Terbitlah Terang yang dipetik dari album Sejuta Wajah tahun 1981, vokal serak-serak basah papa rock itu umpama magnet penarik fokus khalayak.

Tidak berceloteh panjang, Tahun 2000 serta Pelarian pula diperdengarkan sebelum lagu Sejuta Wajah dialunkan dengan sepenuh jiwa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara simbolik menyifatkan pada zaman moden ini masih wujud pelarian, Datang Dan Pergi yang diangkat sebagai lagu keempat dikatakan berkisar tentang insan yang hadir dalam hidup kita.

Momentum Sweet Charity dihangatkan lagi Dekatlah Padaku, Kawan Menangis Kawan Ketawa, Dunia Perlumbaan, Bagaimana Bermimpi serta Terharu yang setiap satu mempunyai makna tersirat tentang nilai kemanusiaan.

Tidak lupa kepada insan seagama yang menderita di Palestin, Musibah diselitkan menterjemah situasi semasa agar mengingatkan semua umat mengekalkan keharmonian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Musibah mengisahkan apa yang berlaku sekarang, malah sebagai khalifah di muka bumi ini kita kena kekalkan keamanan, bukan nak berkhutbah tapi mahu kita jadikan ikhtibar,” kata Ramli.

| Kampungmamakcom
KONSERT Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity menghimpunkan hampir 2000 penonton termasuk<br >dari Singapura AFIQ RAZALI

‘Santana Singapura’

Turut bermain harmonika ketika menyampaikan lagu Hidup, alunan funky terus meningkatkan graf persembahan kerancakan Zakiah dan Jangan Tunggu Lama-Lama.

Dibahagikan kepada lima segmen, selain penghormatan buat Palestin, Ramli juga mengimbas detik awal penubuhan Sweet Charity bersama Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua), selain Rahman Sarbani.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tunjang utama band ikonik itu juga memperkenalkan barisan pemuzik yang setia bersama mereka iaitu Roza Rasul (keyboard), Din Safari (bass), Addy Cradle (gitar) dan Riduan Zalani (perkusi).

Malam itu, Ramli turut memaklumkan bahawa kesemua pemuzik pengiring adalah mereka berpengalaman luas termasuk Din yang pernah menyertai jelajah penghibur Anita Sarawak di Amerika Syarikat selama lima tahun.

Enggan membiarkan masa dibazirkan, Semalam Di Malaya dan Jalan Malam pula menggamit memori perjalanan panjang mereka sejak ligat memperjuangkan rock sehingga diberi julukan ‘Deep Purple dan Santana Singapura’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami sangat terkesan kerana sepanjang perjalanan 55 tahun, awal dulu kami sering ke temasya di Johor terutama di Pontian sebab ramai kawan di sana.

“Kita serumpun, ada pertalian darah, di mana bumi dipijak di situ langit junjung. Pada masa ini, kita masih boleh nikmati hiburan bersama-sama. Jadi Semalam Di Malaya saya dedikasikan buat pencinta seni,” luah Ramli.

Selepas Apa Khabar Sayang iaitu lagu yang didakwa nyaris tidak dirakamkanSweet Charity, deretan seleksi wajib termasuk Batu, Ribut 10.59 Pagi sebelum menutup pentas bersama Kamelia, Teratai serta Penunggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagai dijanjikan, vokalis berusia 71 tahun itu bersama rakan-rakannya menunaikan janji memberikan sejuta rasa buat penggemar tegar mereka pada malam penuh kemanisan itu.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement