Hi, what are you looking for?

Mamak News

Malaysia Airports sedia RM3.7 juta bantu 1,034 kakitangannya terjejas banjir


SEPANG: Banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini turut menjejaskan lebih 1,000 kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd. (Malaysia Airports) apabila kediaman masing-masing dinaiki air. 

Justeru, bagi meringankan beban warganya yang terjejas akibat bencana itu, Malaysia Airports menyediakan peruntukan sejumlah RM3.7 juta membabitkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian. 

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, pihaknya memperuntukkan RM3 juta untuk diagihkan kepada kira-kira 1,034 kakitangannya yang terjejas dengan bencana itu. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, sejumlah RM700,000 diagihkan melalui program Zakat Wakalah kepada yang berkelayakan dan mangsa banjir yang berdepan pelbagai kesukaran. 

“Kami juga turut menyumbang dari segi barangan keperluan asas, misi menyelamat, penyediaan penempatan sementara dan pembersihan kediaman kakitangan terjejas.

“Sebaik sahaja dimaklumkan akan keadaan kakitangan kami yang terjejas, kami segera mengaktifkan inisiatif bantuan #MYAirportCARES berdasarkan  keperluan semasa mereka ketika itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, pihaknya turut membuka pusat pemindahan sementara (PPS) bertempat di Malaysia Airports Training Centre (MATC) selain mengaktifkan pasukan tindakan khas bagi menyelaras bantuan kepada kakitangan yang terjejas banjir

Iskandar berkata, inisiatif #MYAirportCARES ini juga turut mendapat sambutan dalam kalangan warga kerja lain telah menyahut dalam kerja-kerja membersihkan kediaman mangsa-mangsa banjir

Menurutnya, lebih 400 sukarelawan dari pelbagai peringkat termasuk pengurusan tertinggi turut berganding bahu menyumbangkan tenaga mereka untuk membersih sekitar 100 buah rumah mangsa banjir

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Antara kawasan terjejas teruk adalah di Labohan Dagang, Bukit Changgang, Bandar Sri Ehsan, Taman Langat dan Kampung Labu Lanjut di mana ramai kakitangan kami terlibat,” katanya. 

Katanya, pihaknya berharap agar bantuan tambahan wang tunai ini dapat meringankan lagi beban kakitangan terjejas banjir.-UTUSAN ONLINE

 

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Bersangka baik pada bulan puasa, tiada istilah terpaksa dalam diri saya.” Demikian respons ibu kepada penyampai radio dan pelawak, Shuib...

Travel

0 Langkawi antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai, malah pulau bebas cukai itu juga mempunyai banyak tarikan lain untuk dilawati. Nak cari penginapan...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa buah negeri sehingga pukul 6...

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications