Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya


Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya

ISKANDAR PUTERI, 28 Mac (Bernama) — Malaysia menutup jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini dengan bergaya, selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini.

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pan Gon membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama malam ini, apabila menurunkan Shahrul Mohd Saad serta Quentin Cheng di benteng pertahanan, sementara mempertaruhkan Nooa Laine dan Muhamad Nor Azam Abdul Azih di bahagian tengah.

Pada aksi dihadiri 4,593 penonton itu, pasukan negara bermula perlahan dan bergelut mencari rentak permainan hampir dibolosi seawal minit keempat, selepas tandukan pemain pertahanan Hong Kong Vasudeva Nunez berpunca sepakan penjuru menggegar tiang.

Hong Kong tersentak pada minit ke-18, apabila kesilapan pemainnya Li Ngai Hoi berdekatan kotak penalti membawa padah selepas Mohamad Faisal Abdul Halim, berjaya merampas bola dan melorongkan kepada Muhammad Akhyar Abdul Rashid, yang tenang meledak gol pembukaan pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah faham antara dua pemain pertahanan negara Dion Cools dan Quentin Cheng pada minit ke-34 hampir membawa padah, apabila Poon Pui Hin berjaya memintas bola dan memecut ke arah gawang, namun penyudahnya gagal menemui sasaran tatkala hanya berdepan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, di gawang.

Jaringan kedua pasukan negara hadir pada minit ke-41 menerusi gerakan menarik berpunca hantaran jauh Ahmad Syihan, yang disambar Darren Lok sebelum melorongkan bola kepada Mohamad Faisal yang menggelecek pemain pertahanan lawan, sebelum melepaskan rembatan kencang kaki kiri.

Gol tersebut menamatkan badi tanpa jaringan pemain Selangor itu, selepas gagal mencetak nama sebagai penjaring dalam lima perlawanan Liga Super setakat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, Malaysia terus mengekalkan permainan menyerang di babak kedua, sebelum Mohamad Faisal terlepas peluang keemasan untuk membawa pulang gol peribadi keduanya apabila rembatannya dalam kotak penalti tersasar pada minit ke-55.

Peluang terbaik Hong Kong untuk meledak gol pertamanya hadir enam minit kemudian, selepas pemain gantian Philip Chan yang menerima hantaran cantik Law Tsz Chun, gagal melepaskan rembatan tepat ke arah gawang.

Malaysia memiliki beberapa peluang untuk menambah jaringan di penghujung perlawanan, namun menyaksikan penyudah yang tumpul sekali gus terpaksa berpuas hati dengan jumlah 2-0 untuk kemenangan kedua itu, yang memberi petanda skuad negara berada di landasan tepat menuju Piala Asia 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rekod, kejayaan malam ini menyaksikan anak buah Pan Gon berjaya merakam kemenangan kedua berturut-turut berdepan Hong Kong, selepas turut merakam kemenangan 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Jun tahun lepas.

Sementara itu, kekalahan malam ini menyaksikan anak buah Andersen gagal meraih sebarang kemenangan dalam dua perlawanan bulan ini selepas seri 1-1 ketika melayani kunjungan Singapura di Stadium Mong Kok, Khamis lepas.

BACA: Gerai Tunggang Langgang, Viral Karnival Raya Padang Serai Dibadai Ribut

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement