Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Malaysia-China setuju wujud institusi TVET


PUTRAJAYA – Malaysia dan China bersetuju untuk menubuhkan sebuah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini yang akan diselia Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat dua hala antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden China, Han Zheng di Sri Satria di sini, petang tadi.

Ahmad Zahid berkata, antara bidang TVET yang disepakati termasuk teknologi kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), telekomunikasi dan teknologi lain yang kini dipelopori China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, institusi TVET itu kelak akan menggunakan institusi milik MARA sedia ada dan tidak akan membabitkan kos baharu.

“Mereka (China) menawarkan peluang kepada pelajar TVET tempatan untuk mempelajari bidang kritikal itu. Apa yang penting ialah modulnya dari China dan 100 peratus pelajar yang dilatih oleh institusi TVET ini akan diambil bekerja oleh syarikat China di negara ini.

“Saya akan bawa perkara itu ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan bagi pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Mara untuk mewujudkan institusi itu,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat dua hala itu, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pertemuan sama, Ahmad Zahid berkata, Malaysia turut mengajak pelabur China untuk melabur di 14 industri zon halal di negara ini termasuk membuka kilang-kilang mereka di zon berkenaan.

“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pengeluaran produk halal yang dikeluarkan di sini sebelum dieksport di negara Islam dan negara lain,” katanya.

Zheng berada di Malaysia sempena rangka lawatan kerja empat hari ke negara ini bersempena ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China pada tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zheng tiba di Sri Satria pada pukul 6 petang sebelum disambut Ahmad Zahid, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin serta Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

China adalah rakan dagang Malaysia terbesar sejak 2009 dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara tahun lalu sudah mencecah 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trilion.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan China bagi 2022 adalah sebanyak RM487.13 bilion iaitu peningkatan 15.6 peratus, berbanding tempoh sama pada 2021. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Sukan

0 LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez perlu membuktikan ketajamannya sama seperti dilakukannya ketika mewakili Uruguay menjelang aksi Liga Europa menentang LASK Linz di...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications