Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Malaysia cipta sejarah ke final Piala Dunia Hoki 5s


PETALING JAYA – Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara menempa sejarah yang cukup manis di bumi Oman apabila layak ke pentas final edisi pertama Piala Dunia Hoki 5s 2024.

Anak-anak buah Wallace Tan itu meraih kejayaan itu menerusi kemenangan 4-3 yang penuh mendebarkan ke atas Poland dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Oman, Muscat sebentar tadi.

Kapten negara, Muhammad Akhimullah Anuar Esook berharap rakan sepasukannya tidak leka dibuai kejayaan itu, sebaliknya memberikan fokus kepada aksi terakhir iaitu final menentang Belanda pada pukul 12.20 tengah malam esok (1 Februari).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Syukur Alhamdulillah terhadap kejayaan ini. Kami berkorban banyak perkara sejak dari mula kejohanan ketika seri 3-3 dengan Oman sebelum kami bangkit mencatat kemenangan demi kemenangan.

| Kampungmamakcom
PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Poland 4 3 untuk melangkah ke pentas final Piala Dunia Hoki 5s Foto Ihsan FIH

“Kami perlu fokus kerana masih ada satu perlawanan terakhir untuk kami terus mencipta sejarah baharu. Sebagai rakyat Malaysia, kami perlu berjuang memberikan yang terbaik buat negara.

“Belanda memiliki pemain yang hebat dan merupakan negara No.1 dunia ketika ini. Namun, kami perlu fokus dan berikan aksi sehabis buat negara sehingga penghujung perlawanan,” katanya.

Akhimullah berjaya meledak dua gol buat Malaysia pada minit ke-22 dan 24 selain dua lagi jaringan terhasil menerusi Muhammad Arif Syafiq Ishak (m-7) serta Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin (m-19).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga gol Poland pula dijaringkan oleh Damian Jarzembowski pada minit kesembilan, Wojciech Rutkowski (m-27) dan Jakub Holosyniuk (m-30). – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement