Hi, what are you looking for?

Sukan

Malaysia cipta sejarah muncul juara Asia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara mencipta kejutan sensasi apabila mengecewakan Iran untuk muncul juara Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 di Bangkok, Thailand.

Sejarah baharu itu tercipta selepas menewaskan Iran 3-2 menerusi penalti shoot-out setelah terikat 4-4 dalam tempoh 60 minit final yang berlangsung cukup mendebarkan di Stadium Tertutup Huamark sebentar tadi.

Skuad kendalian Muhammad Amin Rahim kini boleh mendabik dada kerana kejayaan tersebut akhirnya meleburkan dominasi Iran yang terdahulu muncul juara lapan edisi berturut-turut sejak 2008.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, ia juga adalah kemenangan pertama skuad kebangsaan ke atas Iran dalam enam pertembungan terakhir dalam saingan hoki dalam dewan sejak dimalukan 2-12 sewaktu edisi Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2014.

SHELLO (tiga dari kanan) antara watak penting memastikan kejayaan Malaysia menjuarai Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 di Bangkok sebentar tadi. – AHF

Sebagai rekod, empat gol Malaysia dalam aksi itu dijaringkan dua oleh Ashran Hamsani dan masing-masing satu daripada Shello Silverius serta Norhafizie Jamil Azomi.

Empat gol Iran pula dihasilkan oleh Mohsen Bohlouli, Amirmahdi Mirzakhani, Mohammad Karimi dan Hamid Nooranian.

Ketika penentuan penalti shoot-out, penjaga gol, Khairul Afendy Kamaruzaman berjaya menafikan percubaan Mahdi Shahrokhi sekali gus menjadi faktor utama kejayaan skuad negara memenangi perlawanan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
IREN (kiri) meledak satu gol ketika menewaskan Kazakhstan 2-0 pada penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Hoki Dalam Dewan Asia 2022 hari ini. – AHF

Kejayaan manis itu dilengkapkan dengan pencapaian skuad wanita meraih tempat ketiga selepas menewaskan Kazakhstan 2-0 menerusi jaringan Iren Hussin dan Nur Aisyah Yaacob.

Ia sekali gus memperbaiki pencapaian terdahulu yang menyaksikan skuad wanita menduduki tempat keempat sewaktu edisi 2019 di Chonburi, Thailand. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan kini ditayangkan di Gaza sempena Pameran ‘A Story Behind...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Mat Kilau Dilapor Sudah ‘Sampai’ Ke Gaza Filem sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di Gaza bersempena...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Harapan skuad bawah 17 (B-17) negara untuk mengutip tiga mata berharga tidak kesampaian selepas seri...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA KINABALU – Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinasihatkan berwaspada dengan taktik penipuan yang menawarkan rumah sewa di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications