Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Malaysia fokus kekang asakan Taeguk Warriors


PETALING JAYA – Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools percaya rakan sepasukan sudah bersedia untuk menyerap tekanan meskipun bakal menentang barisan bintang Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia esok.

Cools berkata, meskipun perlawanan itu sekadar pelengkap jadual, namun sebagai pemain profesional sudah tentu cukup teruja untuk menentang pasukan hebat seperti Korea yang kini menduduki ranking No. 23 dunia.

“Sudah tentu kami kecewa tidak layak ke pusingan 16. Namun, kami tetap anggap perlawanan esok antara yang paling ditunggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebagai seorang pemain, anda mahu bermain dalam jenis perlawanan (peringkat tertinggi) seperti ini.

“Apa yang pasti, kami mempunyai motivasi cukup untuk memberikan segalanya dan ini adalah peluang buat pemain mendapat pengalaman di pentas tertinggi,” katanya pada sidang media hari ini.

Malaysia sudah hampir 35 tahun tidak menentang gergasi Asia Timur itu dalam sebarang aksi kompetitif peringkat senior apabila kali terakhir pada 1989 dalam kelayakan Piala Dunia 1990.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika itu, Malaysia tewas dua kali kepada Korea Selatan pada aksi kelayakan Kumpulan 4 dengan perlawanan dilangsungkan di Seoul dan Singapura. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement