Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Malaysia hantar bakat muda ke Triatlon Piala Asia (ATC) Putrajaya


PUTRAJAYA  – Kejohanan Triatlon Piala Asia (ATC) yang julung kalinya diadakan di Putrajaya pada 25 Februari ini nanti bakal menjadi medan terbaik buat atlet muda negara mengasah bakat terutama sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan SEA Thailand 2025 dan juga Sukan Olimpik Remaja di Dakar, Senegal (2026).

Kira-kira 10 atlet triatlon Malaysia akan mengambil bahagian bersaing bersama 130 atlet antarabangsa selepas kejohanan tersebut turut menjadi medan penting kerana menawarkan kutipan mata kelayakan bagi temasya Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

Naib Presiden Malaysia Persatuan Triathlon Malaysia, Dr. Alex Khoo Peng Chuan berkata, Piala Triatlon Asia di Putrajaya bakal menjadi aksi pembuka tirai Siri Kejohanan Triatlon Piala Asia (ATC) sekali gus sebagai platform penting buat atlet muda negara menimba pengalaman agar mereka mampu menjadi atlet terbaik satu hari nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sukan triatlon ini ini bukan sekadar berada di pentas Sukan Olimpik malah juga turut dipertandingkan di Sukan Olimpik Remaja pada 2026. Jadi sememangnya bakat kita semua terarah ke sana. Atlet termuda kita yang beraksi dalam kejohanan ini adalah berusia 16 tahun.

“Kejohanan yang kita bawa ini di Putrajaya ini juga menjadi peletus kepada semangat atlet muda negara bersaing di peringkat tertinggi. Ini adalah pelaburan yang kita buat bagi atlet kita.

“Apa yang kita ‘tanam’ ketika ini dalam masa dua hingga tiga tahun pasti mendapat hasil yang terbaik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kejohanan Triatlon Piala Asia (ATC) di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya Presint 6 dan menggunakan format Sprint dengan menampilkan tiga disiplin utama iaitu renang 750 meter, berbasikal 20 kilometer (km) dan berlari 5km.

Antara atlet ternama beraksi di kejohanan tersebut ialah Kyotaro Yoshikawa dari Jepun dan dua atlet China, Fan Junjie dan Wang Nanhe.

Manakala Malaysia menghantar juara kebangsaan iaitu Isaac Tan untuk mengetuai cabaran negara di kejohanan tersebut. -KOSMO! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement