Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Malaysia-Iran Sedia Tingkat Hubungan Dua Hala, Teroka Kerjasama Baharu – PM Anwar


Malaysia-Iran hubungan dua hala

Malaysia-Iran Sedia Tingkat Hubungan Dua Hala, Teroka Kerjasama Baharu – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Malaysia dan Iran bersedia untuk mempertingkatkan hubungan dua hala termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi serta meneroka peluang kerjasama baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara berkenaan dibincangkan dalam pertemuan bersama Presiden Iran Ebrahim Raisi sewaktu menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-8 antara Negara-Negara Liga Arab dan Negara-Negara OIC di Riyadh, Arab Saudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata Presiden Iran menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala serta menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan yang besar dalam dunia Islam.

“Dalam pertemuan ini, kami turut memanjangkan jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing.

“Saya juga mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) antara kedua-dua negara bagi memperhalusi pelbagai bidang kerjasama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah

Pada 2022, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Iran ialah sebanyak RM3.68 bilion, meningkat 40.2 peratus dari 2021 dengan kelapa sawit merupakan produk utama perdagangan antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Anwar berkata pertemuan bersama Ebrahim Raisi turut membincangkan soal serangan dan kekejaman berterusan Zionis Israel terhadap Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya kedua-dua negara sebulat suara bersetuju agar kekejaman oleh Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera.

“Kami juga mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta.

“Kami juga turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan dan mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat,” kata Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Malaysia-Iran Sedia Tingkat Hubungan Dua Hala, Teroka Kerjasama Baharu – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications