Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Malaysia layak ke suku akhir


KUALA LUMPUR – Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki kebangsaan menepati ramalan mara ke suku akhir pada Piala Dunia Hoki 5s Lelaki di Muscat, Oman selepas membelasah Fiji 8-3 sebentar tadi.

Pada aksi terakhir Kumpulan D itu, skuad kendalian Wallace Tan tidak berdepan masalah menjaringkan lapan gol dengan tiga daripadanya hadir menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook.

Manakala lima lagi gol dijaringkan Mohd. Abid Sufian Mat Roslee, Syarman Mat Tee, Firdaus Rosdi, Muhammad Firdaus Omar dan Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Syukur Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan tiga mata. Kami mematuhi segala arahan jurulatih untuk mencatat kemenangan ini. Saya gembira kerana ini adalah Piala Dunia pertama untuk hoki 5s,” kata Syarman selepas tamat perlawanan.

Malaysia pastinya melangkah ke suku akhir dengan penuh keyakinan apabila belum tewas dalam sebarang perlawanan selepas turut menewaskan Amerika Syarikat 3-2 selain mencatat keputusan seri 3-3 dengan tuan rumah.

Bagaimanapun, hasrat skuad negara untuk melangkah ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan tidak tertunai apabila Oman menang 6-4 ke atas Amerika Syarikat dan memiliki kelebihan dari segi perbezaan jaringan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selaku naib juara Kumpulan D, Malaysia dijadualkan berdepan juara Kumpulan C yang masih menjadi rebutan antara Trinidad & Tobago, Kenya, New Zealand dan Australia. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement