Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Malaysia mudah benam cabaran Brunei


SHAH ALAM – Seperti dijangka, skuad badminton lelaki negara tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Brunei 5-0 bagi meraih kemenangan pertama pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Selangor.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) sebentar tadi, Malaysia meraih mata pertama menerusi perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang menewaskan Kan Kah Kit 21-7, 21-11.

Rentak kemenangan itu diteruskan dua lagi perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe yang mencatat kemenangan mudah ke atas lawan masing-masing bagi meletakkan Malaysia 3-0 di depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jun Hao yang disenaraikan saat akhir bagi menggantikan Justin Hoh yang mengalami kecederaan hanya memerlukan 19 minit sebelum menewaskan Marhanif Ali 21-5, 21-6 manakala Eogene menang 21-8, 21-4 ke atas Mattew Minggat.

Mata keempat pasukan negara disumbangkan beregu lelaki, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri yang melakukan penampilan sulung pada kejohanan itu apabila menewaskan Marhanif-Haziq Rose 21-5, 21-12.

Kemudian, gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memastikan mata kelima Malaysia apabila mencatat kemenangan 21-9, 21-7 ke atas Mattew-Mohamad Iqbal Asyraf Mohammad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjelang perlawanan kedua esok, Malaysia akan mengesahkan slot ke suku akhir sekiranya menewaskan Kazakhstan sebelum membuat perhitungan menentang Taiwan yang dianggap sebagai aksi penentuan juara kumpulan Khamis nanti. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement