Hi, what are you looking for?

Mamak News

Malaysia negara ketiga tertinggi di dunia malas jalan kaki


CALIFORNIA – Kajian Universiti Stanford meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga tertinggi dunia dalam kategori rakyat ‘paling malas’ melakukan aktiviti berjalan kaki.

Keputusan itu dibuat berdasarkan maklum balas 717,527 responden yang memberi gambaran sekilas tentang gaya hidup penduduk di 111 negara di seluruh dunia.

“Rakyat Malaysia secara purata melakukan 3,963 langkah sehari,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kajian itu, penyelidik Universiti Stanford menyimpulkan bahawa terdapat ketidaksamaan dalam aktiviti fizikal yang dilakukan bagi setiap penduduk di negara dunia sehingga mengundang kepada pertambahan berat badan.

Dalam kajian tersebut turut mendedahkan negara pertama di dunia miliki rakyat paling malas berjalan kaki ialah Indonesia, yang mana jumlah purata rakyat di sana hanya berjalan sekitar 3,513 langkah sehari.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jumlah berjalan kaki bagi setiap individu seperti mana yang disarankan oleh global adalah sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, kajian yang sama berkata, negara dengan masalah obesiti rendah adalah merujuk kepada sikap rakyatnya gemar melakukan aktiviti berjalan kaki setiap hari.

Namun begitu, terdapat jurang besar antara individu yang gemar berjalan kaki dengan golongan kurang mengamalkan gaya hidup sihat tersebut kerana lebih berisiko menjadi obesiti. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement