Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Malaysia patut boleh menang ke atas Syria


PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya sepatutnya boleh melakar kemenangan ke atas Syria selepas meraih keputusan seri 2-2 pada aksi persahabatan antarabangsa di Chengdu, China petang tadi.

Penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok percaya rakan-rakan sepasukan telah pamer kebangkitan dramatik apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk merekodkan keputusan seri pada babk kedua.

“Sangat gembira apabila dapat membantu pasukan bangkit daripada ketinggalan 0-2. Saya rasa pada babak kedua kita ada peluang yang lebih baik dan mungkin agak kecewa selepas tidak dapat melakar kemenangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun, saya positif keputusan seri 2-2 adalah baik untuk pasukan,” katanya menerusi video yang dimuatnaik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.

Pada aksi di Padang Latihan East-Town itu, skuad Syria berjaya meraih dua gol awal menerusi ledakan Mardik Mardikian dan Yassin Samia sebelum Harimau Malaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Akhyar Rashid serta Darren.

Skuad negara yang kini dalam fasa persiapan sebelum aksi Piala Asia 2023 akan mengharungi satu lagi aksi persahabatan bertemu China, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications