Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mampu Jawab ‘Semua’ Soalan Manusia, Kenali ChatGPT, AI Yang Diramal Bakal Ganti Google Nanti


Penyelamat ‘Last Minute Assignment “, ChatGPT Bakal Ganti Google?

Pernahkah anda mengalami masalah ‘writer block‘, masalah nak tentukan dan menyusun ‘points’ dalam tugasan dan yang paling mendebarkan, mendapat tugasan yang perlu disiapkan serta merta?

Perkara di atas merupakan masalah tipikal dialami oleh para penulis, khususnya penulis rencana akademik dan kreatif. Tidak dilupakan, para pelajar yang bergelumang dengan tugasan-tugasan subjek, khususnya pada minggu-minggu ‘kecederaan’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kadang-kadang, kita merasa sangat tepu kerana terlalu banyak tugasan menulis yang perlu dilaksanakan. Maka tak hairanlah, anda berkemungkinan akan mengalami burn out mahupun writer block disebabkan beban tugasan-tugasan ini.

Antara langkah yang disyorkan kepada para penulis ini adalah bersiar-siar atau mengubah ‘set up’ tempat menulis agar dapat memberikan sesuatu yang ‘refreshing’ kepada minda kita untuk menulakan penulisan.

“Tetapi, saya ada KPI (Key Performance Index) yang perlu dicapai setiap bulan. Kalau saya berehat terlalu lama, nanti editor kejar dateline saya macam mana harimau mengejar makanan…”

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar hiasan | Kredit: Pixabay

Jangan risau, pada era globalisasi ini, terdapat banyak teknologi yang dapat menyelesaikan masalah kehidupan kita. Segala masalah berkaitan penulisan seperti writer block, penentuan dan penyusunan poin dan sebagainya dapat diseleasaikan salah satunya menerusi platform carian yang dikuasakan kecerdasan buatan, ChatGPT.

Apa itu ChatGPT?

ChatGPT ialan satu bot laman sembang (chatbot) yang dibangunkan oleh OpenAI berdasarkan GPT-3.5. Ia memiliki kemampuan yang sangat menakjubkan iaitu, berinterkasi dalam bentuk dialog dan memberikan maklum balas yang mampu menjawab persoalan manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Satu model besar menggabungkan beberapa bahasa akan menjalankan tugasan tersebut dengan meramalkan perkataan seterusnya bagi setiap perkataan yang ditulis pengguna menerusi ruangan chat.

Kemudian, Reinforcement Learning with Human Feedback (RLHF), iaitu satu lapisan latihan yang dibangun berasaskan maklum balas pengguna akan membantu ChatGPT berlajar cara untuk memahami dan menghasilkan jawapan yang mampu memuaskan hati penggunanya.

| KampungmamakcomAntara muka GhatGPT | Kredit: OpenAI

Mungkin penerangan yang agak teknikal ini kurang memberikan kefahaman kepada anda. Secara mudahnya, bayangkan anda menggunakan aplikasi ‘SimiSimi’ tetapi bot yang membalas chat anda akan memberikan respon yang sangat ilmiah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomContoh respon ChatGPT | Kredit: OpenAI

Ya, ilmiah sehingga anda mampu menggunakan jawapan yang diberikan oleh bot tersebut untuk menjana idea penulisan anda. Malah, kini ramai penggunanya beranggapan bahawa ChatGPT mungkin akan menjadi pengganti Google Search suatu hari nanti.

ChatGPT adalah ‘Google’ era baharu?

Advertisement. Scroll to continue reading.

ChatGPT boleh digunakan untuk menulis kod punca (source codes), puisi, lagu, termasuklah cerpen mengikut gaya penulisan pengarang tertentu.

Kemahiran dalam mengikuti arahan akan meningkatkan peranan ChatGPT daripada sumber maklumat kepada instrumen yang boleh diminta untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

Fungsi-fungsi ini telah membuatkan platform ini berguna dalam penulisan esei secara maya dalam apa-apa topik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ChatGPT boleh berfungsi sebagai alat untuk menjana rangka bagi sesebuah artikel ataupun keseluruhan novel.  Ia juga akan menyediakan maklum balas atas apa-apa tugasan yang dapat dilaksanakan menerusi teks.

Anda boleh merujuk video TikTok milik @realwanfahmi untuk melihat bagaimana sebuah tugasan bagi subjek kejuruteraan boleh dihasilkan menerusi ChatGPT:

@realwanfahmi

Replying to @Amir Syfiiq Jom tengok cara saya buat assignment, sama tak? 😅 #chatgpt #openai #assignment #engineeringstudent

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Bagaimanapun, Google sebenarnya juga turut membangunkan AI Chat mereka sendiri iaitu LaMDA yang mempunyai keupayaan berkomunikasi yang menyamai komunikasi seorang manusia. Malah, jurutera-jurutera di Google turut menganggap LaMDA sebenarnya mempunyai ‘perasaan’.

Adakah poin poin yang diberikan oleh ChatGPT benar-benar belaka?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan Search Engine Journal, ChatGPT tidak akan memberikan maklum balas yang berbahaya serta bersifat toksik. Hal ini bermaksud, ia akan memberikan maklum balas secara informatif, bukannya bersifat persuasif.

Kualiti maklum balas ChatGPT juga berdasarkan kulati input yang diberikan kepada laman sembang bot tersebut. Dengan erti kata lain, kata kunci yang tepat akan memberikan hasil ouput yang mantap dan bersesuaian dengan konteks penulisan anda.

Namun, tidak semua jawapan diberikan ChatGPT adalah tepat. Hal ini disebabkan, sistem ini ‘dilatih’ untuk memberikan jawapan yang ‘dirasakan’ tepat oleh manusia dan hasil output yang diberikan boleh memperdayakan manusia kerana kedengaran seakan-akan benar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kita harus menerima keterbatasan dalam sistem bahasa mesin, kerana mesin tidak dapat memberikan tafsiran yang tepat mengenai ketaksamaan makna yang terdapat dalam sesuatu teks.

Kemahiran pragmatik yang dimiliki manusia tidak dimiliki oleh sistem ini kerana ia tidak dapat ‘memahami’ konteks yang berlaku dalam dunia manusia seperti perasaan, emosi dan sebagainya.

Boleh jadi, jawapan yang diberikan bersifat menyimpang daripada kebenaran sebenar. Sebagai contoh, seorang pengguna Twitter menunjukkan respon yang salah diberikan oleh ChatGPT meNgenai soalannya ‘Apakah mamalia yang melahirkan telur?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan soalan tersebut, ChatGPT mengatakan ia adalah ‘gajah’. Ya, gajah merupakan haiwan mamalia tetapi haiwan ini tidak melahirkan telur. Jawapan yang tepat ialah platipus dan memerang.

Kesimpulan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara umumnya, ChatGPT dapat merevolusikan bidang penulisan dengan menjana idea yang banyak dan sistematik kepada penulisan. Ia dapat membantu para penulis yang mengalami masalah writer block ataupun masa dateline yang terlalu singkat.

Dari sudut positifnya, ia dapat membantu penulis untuk menyusun idea dengan lebih baik dan mengurangkan masa untuk mencari idea penulisan, yang biasanya memakan masa kerana penulis perlu untuk menjalankan proses ‘scan and scheme‘ terhadap teks sumber terlebih dahulu.

Namun dari sudut negatifnya, ia tidak dapat menghilangkan kebergantungan sepenuhnya kepada kemahiran manusia kerana ada segelintir tugasan tidak dapat dilaksanakan oleh sistem ini, seperti memeriksa kesalahan tatabahasa, tafsiran pragmatik (makna tersirat) dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar hiasan | Kredit: Pixabay

Bukan itu sahaja, platform ini juga tidak menjamin anda untuk menghasilkan tugasan yang ‘original’ dan lebih terdedah kepada plagiarime.

Bayangkan, satu dewan kuliah diberikan tugasan yang sama dan semua pelajar subjek tersebut sepakat menggunakan ChatGPT, jadi hasil tugasan semua mereka yang menggunakan ChatGPT mungkin tidak jauh berbeza atau lebih teruk, sama.

Jika anda seorang penulis dan menggunakan ChatGPT bulat-bulat, kredibiliti karya yang anda hasilkan boleh dipertikai dan anda juga boleh dituduh mengamalkan plagiarisme.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, anda boleh menggunakan ChatGPT untuk MEMBANTU’ penulisan bukannya ‘MENULIS’ tugasan anda secara sepenuhnya, sebagaimana peranan Google Translate ‘membantu’ anda menulis tugasan dalam bahasa asing.

BACA: Menjadi Guest Author Siakap Keli: Syarat Dan Cara Memohon

Sumber: Search Engine Journal 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement