Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Mampu Muat Lima Juta Penghuni, Pembinaan Kota Cermin Gergasi Sepanjang 170km Di Arab Saudi Bermula


Sebuah video yang diambil menggunakan drone menjadi tular selepas menunjukkan pembinaan projek bandar mega, “The Line,” di barat laut wilayah Tabuk, Arab Saudi sudah pun bermula. Projek berkenaan sebelum ini mengejutkan dunia ketika diumumkan buat julung kalinya pada 2017.

Projek yang dijangka menelan kos pembinaan sehingga RM 4.4 trilion itu bakal menjadi struktur terbesar di dunia jika berjaya direalisasikan dan mampu menampung sehingga lima juta penghuni.

Struktur berkenaan terdiri daripada dua bahagian bangunan kaca masing-masing berketinggian 488 meter (1,600 kaki) dan panjang 170 kilometer merentasi kawasan pantai, gunung dan padang pasir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini, sebuah video drone yang diambil oleh sebuah syarikat fotografi tempatan, Ot Sky menunjukkan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan. Dari pemandangan atas, dapat dilihat dengan jelas sebuah garis panjang yang sudah dikorek dengan deretan lori-lori dipercayai digunakan untuk mengangkut tanah dan pasir kelihatan.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan laporan berita oleh  The National, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman memaklumkan The Line akan menjadi bandar pertama di dunia yang dikuasakan dengan tenaga yang boleh diperbaharui termasuklah angin, solar dan kuasa hidrogen.

| KampungmamakcomKredit: Arab News

Penduduk-penduduk di The Line akan tinggal dalam satu rangkaian yang dikendalikan oleh kecerdasan buatan (AI), yang direka untuk wujud bersama dengan alam semula jadi. Pembangunan yang bersifat futuristik ini akan mengutamakan unsur-unsur mesra pejalan kaki, tenaga bersih dan teknologi yang mampu menyumbang ke arah gaya hidup baharu.

NEOM, merupakan idea Putera Mahkota Mohammed bin Salman, memiliki tujuan untuk membina bangunan berkembar dalam lingkungan 500 meter yang memanjang secara mendatar, menurut Bloomberg.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: NOAM

“Tidak akan ada jalan raya, kereta atau pun pelepasan gas. Bandar ini akan menggunakan 100 patus tenaga yang boleh diperbaharui dan 95 peratus daripada bandar tersebut akan dipulihara untuk alam semula jadi.

“Kesihatan dan kebajikan penduduk akan diberikaan keiutamaan menerusi sistem pengangkutan dan infrastruktur, tidak seperti bandar-bandar yang lain,” berdasarkan laman web rasmi organisasi tersebut.

Sumber: NDTV, Dezeen

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement