Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Mana ada seksi, saya gelek 50 peratus sahaja – Baby Shima


KUALA LUMPUR – Dikecam mengenakan persalinan mencolok mata selain bergelek ‘kencang’ ketika beraksi pada Konsert Milenia 2024, penyanyi Baby Shima menyifatkan tuduhan sedemikian dilemparkan pihak yang sengaja mencari silapnya.

Pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramly itu berkata, pakaian dres singkat rona hitam dipadankan seluar ketat bersama but tinggi yang menutup sebahagian pehanya bersesuaian dengan konsep persembahan.

“Baju sentuhan pereka Indonesia, Jessie Gunawan kena dengan corak persembahan saya memerlukan pergerakan lincah di pentas mega ini.

“Saya patuh pada kod berpakaian yang ditetapkan penganjur lebih awal agar jangan menggayakan persalinan mendedahkan, selain beberapa syarat tambahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mana seksi, but panjang itu juga menutup paha saya, bahkan dari segi tarian pula saya hanya bagi 50 peratus saja gelen supaya tidak dikata sengaja tunjuk aksi menghairahkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Penyanyi berusia 29 tahun itu antara penghibur yang memeriahkan konsert dangdut anjuran Mission Sight Sdn. Bhd. di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

Menggabungkan artis dangdut terkemuka tempatan dan Indonesia, persembahan mega hampir tiga jam itu turut membariskan Ratu Dangdut tanah air, Amelina selain Mas Idayu, Ani Mayuni serta Rheyna Morena, Hesty Klepek dan satu-satunya artis lelaki, Thomas Arya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shima yang ditemui usai konsert menegaskan, pada fasa ini dia enggan memeningkan kepala memikirkan pandangan skeptikal segelintir individu yang hanya pandai mengutuk.

Katanya, sebagai penyanyi dangdut pemilihan pakaian kena dengan konsep persembahan, malah apabila berada di luar dia masih seperti wanita lain apabila tetapi memikirkan sensitiviti khalayak.

“Kalau tengok saya di luar tidaklah seksi mana, macam biasa saja, bahkan dalam mana-mana persembahan pentas pun saya pakai masih berpada-pada.

“Jangan sebab saya bawakan lagu dangdut terus cop macam-macam. Apa pun saya dah lali sebab tahu orang kalau tak suka memang akan terus korek salah kita,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Shima yang membawakan empat lagu malam itu termasuk duet bersama Thomas memaklumkan masih berulang alik antara Jakarta, Indonesia dengan Kuala Lumpur demi tugas.

“Alhamdulillah, sejak lebih setahun lalu saya dah kembali tinggal di Jakarta kerana terbabit dengan program televisyen serta persembahan bergerak.

“Tapi apabila ada undangan di Kuala Lumpur atau destinasi lain dalam negara saya tetap balik demi memenuhi permintaan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement