Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Manchester City benam Arsenal, mara pusingan 16 Piala FA


MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menghamburkan pujian terhadap barisan pemainnya apabila berjaya menyingkirkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal daripada saingan Piala FA musim ini.

Pada aksi pusingan keempat yang berlangsung di Stadium Etihad awal pagi semalam, The Citizens memastikan kemenangan menjadi milik mereka selepas pemain pertahanan, Nathan Ake meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-64.

Walaupun gembira dengan kemenangan itu, namun Guardiola tetap berwaspada dengan ancaman The Gunners memandangkan kedua-dua pasukan masih belum membuat perhitungan dalam aksi Liga Perdana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemain-pemain City sangat gembira dengan kemenangan ini. Walaupun ia bukanlah sai­ngan Liga Perdana tetapi ia sa­ngat penting kerana kami berjaya menewaskan dua pasukan besar, iaitu Chelsea dan Arsenal.

“Perlawanan (Liga Perdana) di Stadium Emirates nanti pasti­nya sangat berbeza berbanding hari ini (semalam). Mikel (Arteta) kurang melakukan penggiliran pemain dalam saingan liga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pemain-pemainnya akan terus memberikan fokus 100 peratus memandangkan mereka akan mengharungi pertemuan penting dengan Tottenham Hotspur bagi aksi liga 6 Februari depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang kami ada masa rehat beberapa hari sebelum perlawanan seterusnya. Sudah tentu saya akan siapkan pasukan se­perti mahu beraksi di perlawanan akhir menjelang pertemuan dengan Spurs nanti,” ujar Guardiola. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement