Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Manchester City yakin hadapi Spurs tanpa Cancelo


LONDON – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola masih menaruh keyakinan pasukannya mampu mengatasi ketiadaan Joao Cancelo selepas bintang dari Portugal itu melengkapkan perpindahan mengejut ke Ba­yern Munich secara pinjaman.

Sebelum ini, Cancelo menyerlahkan keupayaan apabila sering jadi taruhan di barisan belakang, namun sejak kembali daripada kempen Piala Dunia, Guardiola seakan lebih cenderung mempertaruhkan Kyle Walker, Nathan Ake, John Stones dan pemain muda, Rico Lewis.

Bagaimanapun, menjelang pertemuan dengan Tottenham awal pagi esok, The Citizens bakal hilang khidmat Stones yang alami hamstring dan memaksanya berehat selama tiga minggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas situasi ketika ini, Guardiola kekal positif dan tidak berasa bimbang dengan keadaan semasa termasuk Cancelo.

“Pertama sekali, saya ucapkan selamat maju jaya kepada Cancelo di Bayern dan musim depan saya sendiri pun belum tahu apa akan berlaku. Selepas Piala Dunia, kami mengharungi pramusim dan memutuskan untuk bermain dengan corak berbeza.

“Saya cukup suka untuk melihat keadaan sekarang kerana sudah berikan minit permainan kepada pemain lain. Dia (Cancelo) perlukan minit permainan untuk berasa gembira dan sebab itu kami putuskan untuk biarkan dia ke Bayern Munich.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia mahu bermain dalam setiap perlawanan dan berharap dia mampu melakukannya di sana. Jika Bayern Munich mahukannya, ia adalah disebabkan dia adalah pemain yang hebat.

“Saya tidak katakan sesuatu yang buruk, semua orang tahu tentang etika kerja, kesungguhan dan kemahirannya,” katanya.

Ahli Lembaga Pengarah Ba­yern Munich, Hasan Salihamidzic turut mengesahkan perjanjian kedua-dua kelab turut mema­sukkan klausa perpindahan secara tetap dengan nilai €70 juta (RM322.8 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cancelo sudah pun mendapatkan debut bersama Bayern Munich ketika menewaskan Mainz 4-0 dalam aksi Piala Jerman, awal pagi Khamis lalu malah turut menyumbangkan satu ban­tuan jaringan ketika The Bavarians membuka jaringan pada minit ke-17. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement