Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Manchester United paling banyak berbelanja


LONDON – Manchester United menghuni kedudukan teratas senarai pasukan yang berbelanja besar untuk tempoh sedekad lalu dengan nilai sehingga £1.19 bilion (RM6.95 bilion) bersih.

Sejak 2014, The Red Devils telah mengeluarkan dana sebanyak £1.67 bilion (RM9.76 bilion) sehingga kini untuk mendapatkan pemain baharu, namun mereka hanya meraih £481 juta (RM2.81 bilion) hasil penjualan pemain berdasarkan laporan Pusat Kajian Sukan Antarabangsa (CIES).

Sepanjang 10 tahun berkenaan, United terlibat dalam mendapatkan pemain-pemain pada harga yang cukup tinggi terutama ketika membeli Paul Pogba pada harga £89.5 juta (RM522.93 juta), Harry Maguire £80 juta (RM467.42 juta) dan Romelu Lukaku £75 juta (RM438.21 juta).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain ketiga-tiga mereka, United turut mengeluarkan perbelanjaan yang cukup besar bagi mendapatkan Antony dan Jadon Sancho yang masih bergelut untuk mendapatkan prestasi sebenar selain kelab itu masih kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris mahupun Liga Juara-Juara (UCL).

Chelsea yang berjaya meraih dua kejuaraan UCL sepanjang tempoh berkenaan berada di kedudukan kedua apabila kekurangan £307 juta (RM1.79 bilion) berbanding jumlah yang dibelanjakan oleh United.

Selepas pemilikan kelab diambil alih oleh Todd Boehly, The Blues telah membelanjakan sebanyak £1 bilion (RM5.84 bilion) pada tiga jendela perpindahan lalu untuk mengumpul jumlah keseluruhan £2.25 bilion (RM13.15 bilion) dalam tempoh sedekat, tetapi mereka berjaya meraih £1.37 bilion (RM8 bilion) hasil penjualan semula pemain mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, lima lagi pasukan dari England, Manchester City, Arsenal, Newcastle, Tottenham Hotspur dan West Ham United turut berada dalam kelompok 10 kelab yang telah mengeluarkan perbelanjaan besar bagi tempoh berkenaan.

Baki empat lagi pasukan yang berada dalam senarai tersebut adalah Paris Saint-Germain, AC Milan dan Barcelona melengkapkan senarai berkenaan. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Sukan

0 JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menyifatkan keharmonian dalam bilik persalinan merupakan antara faktor penting anak buahnya bermotivasi memberikan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications