Hi, what are you looking for?

Sukan

Manchester United perlu dapatkan Harry Kane


LONDON – Manchester United perlu menyediakan dana seba­nyak £100 juta (RM526.44) untuk pergi mendapatkan Harry Kane bagi membantu meningkatkan peluang mereka merangkul gela­ran Liga Perdana Inggeris.

Pengulas sukan terkenal di England, Paul Merson percaya bahawa United memerlukan sentuhan Kane untuk memastikan mereka mampu bersaing dengan Manchester City dan Arsenal pada musim depan.

Hujung minggu lalu menyaksikan United gagal untuk memastikan kedudukan mereka lebih kukuh dalam persaingan merebut kejuaraan musim ini selepas tewas 2-3 menentang Arsenal di Emirates.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kane ketika ini hanya mempunyai baki kontrak selama 18 bulan bersama Tottenham Hotspur, namun laporan menyebut bahawa pemain itu bersedia untuk mendengar tawaran baharu yang bakal diberikan majikannya.

Perkembangan tersebut di­ekori rapat oleh United ketika mereka cukup berminat untuk membawa Kane ke Old Trafford biarpun turut menamakan Victor Osimhen dari Napoli sebagai antara alternatif bagi menguatkan jentera serangan.

“Kane adalah penyerang tulen terbaik di dunia ketika ini. Jika saya menguruskan United, saya akan mengeluarkan wang sebanyak £100 juta untuk membawa­nya ke Old Trafford esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“United sanggup mengeluarkan seba­nyak £80 juta (RM421.15 juta) untuk mendapatkan Antony, namun pemain itu tidak mampu menyumbang jumlah gol yang banyak walaupun untuk tempoh 10 tahun berbanding apa yang Kane mampu lakukan untuk semusim.

“Kane mampu untuk bermain sehingga usia 37 tahun. Gaya permainannya tidak memerlukan kepantasan kerana dia lebih menggunakan otak. Dia akan sentiasa berada pada kedudukan yang tepat, menerima hantaran dan menyudahkannya.

“Dia memiliki segala-galanya. Jika United berniat untuk memburu kejuaraan dan gelaran, mereka perlukan Kane,” jelas­nya. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Mamak News

0 KANGAR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang cedera pada bahagian kepala selepas diserang seorang lelaki dipercayai bermasalah mental di Masjid Alwi,...

Sukan

0 PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melaungkan amaran selepas berjaya menewaskan pasukan gergasi Rusia, Lomotiv Moscow 1-0 pada aksi persahabatan sempena...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications