Hi, what are you looking for?

Sukan

Manchester United turun tanpa dua pemain


MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mendedahkan bahawa dua pemainnya, Anthony Martial dan Antony mungkin tidak akan berada dalam senarai pemain yang akan turun menentang Fulham pada aksi suku akhir Piala FA awal pagi esok.

The Red Devils akan turun menentang Fulham di Old Trafford dalam perebutan slot ke separuh akhir dan ia akan menjadi perlawanan terakhir sebelum saingan berhenti rehat bagi memberikan laluan kepada aksi antarabangsa.

Skuad kendalian Ten Hag itu memasang impian untuk kembali ke Wembley sekali lagi apabila aksi separuh akhir dan final akan berlangsung di stadium ber­kenaan selain mereka mahu mengulangi pencapaian memenangi aksi Piala Liga Inggeris.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, mereka mungkin perlu mencari rencana lain selepas Martial dan Antony dilaporkan masih belum berada dalam keadaan terbaik sehingga turut terlepas aksi menentang Real Betis pada pusingan 16 pa­sukan terbaik Liga Europa awal pagi kelmarin.

Antony dilaporkan berdepan masalah kesihatan, manakala Martial dinilai belum cergas sepenuhnya biarpun penyerang dari Perancis itu sudah me­nyertai sesi latihan pasukan sejak lebih seminggu lalu.

“Saya fikir Anthony Martial tidak akan berada dalam senarai pemain, sementara Antony juga kita akan menilai semula tahap kesihatannya,” jelas Ten Hag.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, biarpun bakal turun tanpa kelibat, Casemiro yang menjalani penggantungan, Ten Hag lega apabila seorang lagi pemain harapan, Marcel Sabitzer akan kembali diberikan tugas.

“Kami berjaya melakukan dengan baik tanpa Casemiro, menentang Arsenal dan dua perlawanan menghadapi Leeds Uni­ted sebelum ini. Kami juga berjaya melakukan pada awal musim ketika Casemiro belum lagi tiba.

“Bagaimanapun, kami akan menjadi pasukan yang lebih baik dengan adanya Casemiro kerana mampu memberikan impak besar,” jelasnya. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications