Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Manchester United ‘wajib’ layak ke Liga Juara-Juara


LONDON – Manchester United dijangka berdepan kerugian kira-kira £10 juta (RM57.36 juta) semusim hasil daripada penajaan sekiranya mereka gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) bermula pada tahun 2025.

Perkara itu terbongkar selepas kontrak mereka selama 10 tahun bersama jenama sukan terkenal, Adidas terdedah dan ia merupakan klausa penalti yang dikenakan sekiranya pasukan itu gagal untuk layak beraksi di pentas berprestij Eropah tersebut.

United dan Adidas telah menandatangani kontrak selama 10 tahun dengan nilai mencecah £900 juta (RM5.16 bilion) dan perjanjian tersebut mula efektif pada musim 2025/26.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkembangan itu menyaksikan mereka kemungkinan berdepan kerugian sehingga £100 juta (RM573 juta) untuk tempoh sedekad tersebut sekiranya gagal melayakkan diri, malah prestasi semasa pasukan itu ketika ini menyaksikan mereka sukar untuk menjadi pasukan yang konsisten berada pada kelompok empat pasukan teratas.

Perjanjian semasa ketika ini menyaksikan United menerima penajaan sehingga £750 juta (RM4.3 bilion) untuk tempoh yang sama yang telah ditandatangani pada 2015 denganklausa pemotongan jumlah penajaan sebanyak £25 juta (RM143.39 juta) sekiranya gagal layak dua kali berturut-turut.

Sepanjang tempoh berkenaan, United gagal melayakkan diri sebanyak tiga kali ke saingan elit tersebut, namun perjanjian baharu juga menyebut bahawa mereka akan menerima bonus sebanyak £4.4 juta (RM25.24 juta) daripada Adidas jika pasukan lelaki atau wanita mereka berjaya meraih kejayaan pada aksi domestik ataupun pentas Eropah. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Sukan

0 MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukan itu perlu muhasabah diri bagi memastikan pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kejayaan dikecapi selama...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar Nadeera berbesar hati apabila namanya dibandingkan dengan penyanyi senior namun enggan perbuatan tersebut dilakukan secara berlebih-lebihan. Kata...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications